Bhg 10


Dalam teksi menuju ke rumahku,aku memikirkan insiden tadi. Pasti Ustaz Rahman tertanya mengapa tiba-tiba aku cabut lari. Aku sendiri tidak tahu. Yang pasti perasaan ini sama seperti ketika aku pertama kali bertemu dengan bekas kekasihku, David Fellay tujuh tahun dahulu.

Ketika bertemu David pertama kali, jantungku tidak henti berdegup kencang. Beberapa kali juga terpaksa aku mengelap peluh yang berputik di dahi. Jiwa liar aku seperti serta-merta jinak. Seringkali aku akan tersenyum sendiri apabila bertemu David.

Tetapi itu semua kisah cinta lama. Setahun bercinta lepas itu, putus. Sejak itu lagi, aku tidak lagi didampingi lelaki. Lebih-lebih lagi sejak memeluk agama Islam dan mengetahui tentang halal dan haram, aku selalu menundukkan pandangan ku apabila berjumpa dengan lelaki.

Namun, mengapa perkara itu terjadi tadi? Sudah lama jantungku tidak berdegup begitu pantas apabila berhadapan dengan lelaki. Sudah terlalu lama aku mengetepikan soal cinta. Adakah aku dengan tidak sengaja menyimpan perasaan terhadap Ustaz Rahman?

Mustahil. Jarak umurku dengan Ustaz Rahman adalah enam tahun. Ustaz Rahman berumur 28 tahun manakala aku berumur 34 tahun. Terlalu tua untuk Ustaz Rahman. Lagipun, pasti ada wanita yang lebih baik dan lebih solehah yang sesuai dengan Ustaz Rahman. Aku baru sahaja menjadi seorang muslim. Banyak lagi yang perlu aku pelajari.

"Puan, kita sudah sampai."

Astarfirullahalazim. Fikir jauh rupanya.Aku tertawa sendiri. Karut benar apa yang aku fikirkan tadi. Usialah, wanita solehah lah, David lah.

Setelah membayar tambang, aku lantas keluar. Sedang menunggu lif, tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Terpampang nama Ustaz Rahman di skrin telefon bimbit ku. Bergetar tanganku sekejap. Adakah Ustaz Rahman akan tanya tentang insiden tadi. Aduh, tentu memalukan. Tidak mengapa, berani menghadapinya.

"Assalamualaikum, Aisyah."

Aku menjawab salam. Jantung seperti hendak tercabut. Seperti sedang dioperasikan tanpa sebarang ubat penenang.

"Mengapa Aisyah tadi terus pergi? Saya ada buat salahkah?" tanya Ustaz Rahman. Aku sudah dapat mengagaknya. Aku mesti memberikan alasan munasabah. Terpaksa berbohong. Bohong sunat.

"Eh,tidak Ustaz. Tadi saya rasa seperti sakit perut. Tidak tahan. Itu yang saya terus meluru keluar untuk balik rumah!". Aku dapat dengar ketawa Ustaz Rahman di hujung talian.

"Aisyah,lucu benar awak ini. Kalau sakit perut, bukankah ada tandas di belakang tempat Aisyah berdiri tadi?"

Tidak menjadi tipu helahku. Sekarang,bukan sahaja malu, tetapi rasa seperti Ustaz Rahman tahu aku cuba menipunya.

"Maaflah Ustaz. Sebenarnya saya teringat yang saya ada hal peribadi tadi. Kawan saya baru sahaja mendarat di Singapura. Itu yang saya kelam-kabut bergegas ke airport."

"Jadi sekarang Aisyah berada di airport dan bukan di rumah?" tanya Ustaz Rahman.

"Tentulah Ustaz. Mana mungkin kapal terbang mendarat di rumah saya pula," aku menjawab dengan nada sindir dan gurau.

"Kalau begitu,siapa yang berada di hadapan saya?"

Jantungku seperti terhenti. Suara Ustaz Rahman tiba-tiba seperti bukan suara seorang yang sedang di telefon. Suaranya seperti Ustaz berada berhampiran aku. Aku menarik nafas panjang dan dengan perlahan menoleh ke belakangku. Aku terperanjat.

"Ustaz!"

Ustaz Rahman tersenyum.Sambil menekan butang di telefon bimbitnya, Ustaz Rahman berkata,"So, mana kawan Aisyah?"

2 comments:

Hua Xiao Jie said...

YOU MADE ME HAVE MY SLAP FOREHEAD MOMENT LA PLEASE JANNAH!!!! HAHAHAHAHAA!!!!!!!! :DD

Jannah Binte Johari said...

Calm down!
Lol!