No.2


Bunyi loceng terakhir sekolah seakan memberi nafas baru dalam hidup Nuralyah Irdina. Itulah bunyi yang paling dia nantikan. Bahkan sebelum loceng berbunyi, Irdina sudah 'meraikan' bunyi loceng dengan mengemas beg walaupun guru sedang mengajar.

"Eh, Irdina. Macam Flash lah kau ni. Bila suruh hantar kerja rumah macam kura-kura!"

"Sudah, jangan buang masa Hayfa. Yok pergi rumah aku! Bibik aku masak something hari ni!" kata Irdina sambil menarik tangan Hayfa dan menyeretnya hingga ke pintu gerbang sekolah.

"Lembab betul Pak Man hari ni!"

"Sabarlah, agaknya dia tersekat di lebuh raya."

5 minit kemudian, datang sebuah kereta BMW menghampiri mereka. Irdina terus berdiri dihadapan kereta itu seperti mahu menghentikan kereta itu. Tidak sempat Hayfa menahannya.

"Stop the car!"

Itulah kereta milik keluarga Nuralyah Irdina sebenarnya. Setiap hari Pak Man ditugaskan untuk menghantar dan mengambil Irdina dari sekolah. Irdina tidak suka sebenarnya. Dia rasa seperti kebebasannya tersekat. Namun, Irdina tidak berani mengingkari kata-kata ibubapanya.

Di dalam kereta, Irdina tidak henti-henti berbual dengan Pak Man. Tentang Cikgu Nafisah lah, tentang kerja rumahnya lah dan macam-macam lagi. Hayfa pula beberapa minit di dalam kereta sudah membuatkannya ngantuk. Ya lah, Irdina penat bermain. Hayfa pula penat belajar.Dia tidak mampu untuk mengecewakan ibubapanya. Dia mahu ibubapanya dapat rasakan ijazah yang ingin dia kecapi.

 Kadang-kala, Hayfa cemburu dengan Irdina. Walaupun, bermain sehari suntuk di sekolah dan jarang membawa buku atau menghantar kerja rumah, setiap kali peperiksaan, Irdina akan tentu sekali mendapat sekurang-kurangnya tempat kedua atau ketiga dalam seluruh kohort mereka. Hayfa pun mahu begitu namun dia selalu antara pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian normal.

"Hayfa! Eh, badak sumbu! Bangunlah!"

Hayfa membuka mata. Sudah sampai rupanya ke banglo mewah milik Tan Sri Muhammad Faiz sekeluarga. Banglo tiga tingkat inilah tempat dia dan Irdina selalu menghabiskan masa sehingga lepas waktu Maghrib dan Pak Man akan menghantar Hayfa pulang.

"Kalau aku badak sumbu, kau tu apa? Ikan lumba-lumba?" kata Hayfa, cuba mengusik Irdina. Mereka berdua memang bergurau kasar. Tetapi mereka tidak kecil hati.

"Eh, sekurang-kurangnya ikan lumba-lumba tu cute! Macam aku!" jawab Irdina sambil memberikan wajah comelnya. Hayfa buat seperti orang yang mahu muntah dan ini membuatkan Irdina menepuk bahunya. Selepas itu, Irdina menarik Hayfa masuk rumah.

Sebaik sahaja Irdina membuka pintu utama, dia menjerit,"Mama! Bibik! Nek Jah!"

"Apa ni, anak Mama? Macam orang tidak tentu arah," kedengaran suara seseorang yang lemah lembut. Itulah Puan Sri Sharifah Julia, ibu kepada Nuralyah Irdina. Wanita bertudung serba moden.

"Mama dah balik!"teriak Irdina sebelum dia meluru dan memeluk erat wanita itu. Pelukan itu dibalas erat oleh Puan Sri.

"Memang sayang. Papa suruh Mama balik Singapura sebab dia tidak mahu anak kesayangan dia keseorangan!"

Selepas itu, Puan Sri mengalihkan pandangan kepada Hayfa seraya berkata," Eh, Hayfa pun datang hari ni? Meriah lah makan malam nanti! Bising mulut Irdina!"

Hayfa memberi tunduk tanda hormat dan menghampiri Puan Sri untuk menyalam tangan beliau.

"Assalamualaikum,Puan Sri."

"Eh, kamu ada urusan dengan saya ke? Urusan bisnes?"tanya Puan Sri sambil negerut kening. Hayfa menggeleng, tidak faham akan soalan itu.

"Kamu kenal saya bukan?" tanya Puan Sri lagi. Hayfa mengangguk, masih tidak faham akan tujuan soalan-soalan sebegitu.

"Kalau macam tu, panggil saya Cik Fah sudah cukup! Saya tidak selesalah dipanggil sebegitu. Yang berpangkat tu, suami saya. Papa Irdina. Saya ni, tumpang lalu!"

Hayfa tertawa. Hari ini, dia tahu Irdina akan dalam mood yang baik kerana Puan Sri ada di rumah.

"Mama, Nek Jah mana? Jangan kata batang hidung, batang tongkat pun tak nampak!"

"Anak Mama ni, mulut kalau tak laser tak sah!" kata Puan Sri sambil mencubit pipi Irdina.

" Your grandmother went to Australia this morning. Dia pergi bercuti dengan kawan-kawan dia,'" sambung Puan Sri yang membuatkan Irdina tiba-tiba muram dan melipat lengannya.

"Kenapa Nek Jah tak ajak Irdina! Kan lebih bagus bercuti dari buang masa belajar!"

Hayfa sekadar memerhatikan dari jauh sahaja perbualan dua beranak itu. Puan Sri amat bersabar dan pandai melayan karenah anak tunggalnya itu. Dalam hati, Hayfa juga ingin berbuat sebegitu bersama ibunya. Bebual kosong dan bergurau senda. Namun, ibunya sibuk bekerja untuk meringankan beban bapanya. Nasib baiklah Hayfa anak tunggal dan kerana dia sudah 17 tahun sekarang, jadi tiada masalah untuk dia menjaga diri sendiri.

"Hayfa, jom makan. Kalau nak melayan Irdina, sampai Hari Raya pun tak habis," jemput Puan Sri. Hayfa mengangguk dan berjalan ke arah ruang makan. Selepas makan, mulalah misi Irdina untuk mencari idea untuk 'mengajar' Cikgu Nafisah.

No comments: