No.6


Selesai sahaja sesi pembelajaran dengan Cikgu Muqri, mereka berdua pulang menaiki teksi sahaja. Dalam perjalanan ke rumah Hayfa, dia perhatikan Irdina seperti diam sahaja dan memandang luar kaca tingkap teksi itu.

"Kau dah kenapa Irdina? Penat ke? Bulan puasa pun kau tak macam ni punya senyap."

"Diam lah kau,"jawab Irdina selamba. Matanya masih tertumpu ke pemandangan di luar.

"Yelah, sejak dari tadi balik kau macam senyap. Risau aku. Aku ingatkan kau tertinggalkan mulut kau dekat sekolah tadi."

Irdina tertawa besar. Pandai pula Hayfa buat lawak dalam masa-masa sebegini. Irdina terus hilang tumpuan tentang apa yang dia sedang fikirkan dari tadi. Dia terus merehatkan kepalanya di bahu Hayfa dengan manja.

"Alahai, ngada-ngada pulak. Nak romantik dengan aku eh?"

"Perasan punya kawan. Kau tu perempuan. Kalau kau tu lelaki, dah lame aku date kau!" jawab Irdina.

"Macam faham je kau ni, Irdina. Kalau aku ni lelaki, aku tak nak date kau! Much less nak kahwin dengan kau!"

"Dah lah tu, Hayfa. Mengaku je lah. Kalau kau lelaki kau mesti terpikat dengan aku. Aku ni lasak, tampan, badan tegap dan segala yang sama waktu dengannya lah!"jawab Irdina tidak mahu mengaku kalah. Memang begitu lah perbualan mereka selalu, terlalu rawak adakalanya.

"Kau ni banyak sangat 'kalau'. Perasan tampan segala. Ni hah. Banyak sangat berbual, sampai dah depan rumah aku pun!"

Irdina melihat sekeliling. Betul, sudah sampai di hadapan rumah Hayfa. Inilah yang terjadi kalau berbual kosong tidak menentu. Tidak sedar akan keadaan di sekeliling.

"Nah, duit tambang teksi,"kata Hayfa sambil menghulurkan duit sepuluh dolar kepada Irdina. Irdina dengan pantas menolak dan menggeleng.

"Sudahlah tu, duit tu buat pergi beli susu anak kau!" kata Irdina sebelum cepat-cepat menutup pintu teksi dan lekas-lekas beredar. Hayfa berdiri di situ sahaja.

"Merapu saja si Irdina ni," bisik hati kecil Marissa Hayfa sambil tersenyum sendiri. Kemudian Hayfa berjalan dengan perlahan untuk menuju ke lif yang akan membawanya ke rumahnya di tingkat sepuluh.

Sebaik sahaja pintu rumahnya dibuka dengan kuncinya, senyuman di muka Hayfa yang terukir kerana Irdina tadi, serta-merta hilang. Hayfa tahu dia sudah kembali ke dunianya. Dunia yang penuh keseorangan dan kesenyapan. Dunia dimana  dia hanya dapat melihat ibubapanya pada waktu malam sahaja. Hayfa tidak hirau untuk membuka suis lampu ruang utama kerana dia terus menuju ke biliknya.

Selesai salin pakaian, Hayfa terus duduk di meja belajar dan mulakan ulangkaji mata pelajaran Ilmu Hisab yang baru sebentar tadi Cikgu Muqri ajar.

"Adoi, kalau Cikgu Muqri yang ajar Maths hari-hari, aku bukan saja boleh lulus, boleh dapat markah penuh agaknya,"keluh hati kecil Marissa Hayfa.

Sementara itu, Irdina baru sahaja sampai rumah. Dia disambut oleh pembantu rumahnya yang senang dia panggil dengan gelaran 'Bibik'.

"Mana Mama?"tanya Irdina sebaik sahaja keluar dari teksi.

"Puan Sri sudah berangkat ke Thailand tadi pagi, Puan Irdina. Ada 'bisinez miting'!"

"Bibik!" teriak Irdina sambil menahan ketawa.

"Apa yang 'bisinez miting'! Business meeting lah!" sambung Irdina sambil menepuk bahu Bibik itu.

"Iya dong. Bibik lemah Inggris Puan Irdina!"

Irdina masih tertawa dan menarik tangan Bibiknya itu. Tersenget-senget Bibiknya berjalan kerana sebelah tangannya membawa beg sekolah Irdina. Begitulah sehariannya. Bila Puan Sri ada, Irdina ganggu Puan Sri. Bila Puan Sri tidak ada, Bibiknya yang menjadi mangsanya. Nasiblah Bibiknya yang sudah menjaganya sejal umur 3 tahun, bersabar dan melayan sahaja karenah Nuralyah Irdina.

"Bibik masak apa hari ni?"

Serta-merta muka Bibiknya berubah menjadi pucat.

"Bibik minta maaf!" jawab Bibiknya dengan suara seperti mahu menangis.

"Bibik pikir kamu tidak mahu makan Puan Irdina. Bibik mintak maaf. Bibik masak sekarang ya?"

"Eh, Bibik. Sudahlah tu. Saya tanya saja. Siapa kata saya mahu makan. Nak sambung belajar Bibik. Top 1! Top 1!"jawab Irdina lalu menumbuk tangannya ke udara.

Bibik Irdina lega dengan jawapan Irdina. Irdina lantas meluru ke biliknya dan menutup pintu. Buku Ilmu Hisab terus dibukanya tanpa menyalin pakaian terdahulu.

"Top 1. Top1. Top 1,"bisik Irdina yang mungkin tidak berbunyi seperti bisikan bagi orang yang mendengarnya.

No comments: