Chp 1


Ramai yang sudah datang.Ramai juga yang sudah pulang.Ramai yang sedih.Ramai lagi yang menangis.Ramai yang memberikan kata-kata nasihat.Ramai juga yang sekadar menganggukkan kepala dan memelukku.Aku hanya dapat merenung gambar dua inan sedang tersenyum indah.Tanpa ku sedari, titisan air jernih jatuh berguguran dari sudut mataku.Benar,yang datang,yang pulang,yang bersedih dan yang menangis ,semua itu adalah kerana pemergian mengejut Nazrul Wahyd.Yang tinggal hanya kenangan pahit saat-saat terakhir dia di bumi Allah ini.


Aku dipertemukan oleh Abang Nazrul atas permintaan bapa dari kedua belah pihak.Ayahnya ketika itu sedang sakit dan berharap dapat melihat anak bongsunya itu mendirikan masjid.Abah aku pula teringin hendak melihat anak tunggalnya ini berkahwin dengan jejaka pilihannya.Sebagai seorang yang tidak pernah percaya akan wujudnya cinta sebelum berumahtangga,aku pun bersetuju.Setahun selepas berkenalan,langsung kami dinikahkan di majlis yang ku anggap sederhana dan kecil-kecilan.


“Nazrul Wahyd Bin Abdussamad,aku nikahkan dikau dengan Nur Fitrah Qaseh Binti Al-Farihin dengan mas kahwin $70 tunai”,ucap Tok Kadi itu.


“Aku terima nikahnya dengan Nur Fitrah Qaseh Binti Al-Farihin dengan mas kahwin $70 tunai”,jawabnya.


Selepas mendapat pengesahan dari saksi-saksi yang ada,aku sudah sah menjadi isterinya.Rasa lega selepas upacara akad nikah itu selesai.Aku sudah jadi milik orang sekarang.Syurgaku terletak di bawah kakinya pula.Aku berharap dia akan menjadi yang pertama dan terakhir untukku.


Awal perkahwinan kami,aku dapat katakan,adalah saat yang paling indah dan yang paling aku hargai.Dia benar-benar melayaniku dengan baik.Kami menetap di rumah teres yang Abah hadiahkan kepada kami.Hidup kami tenang.Setiap pagi sebelum  ke kerja,Abang akan menulis nota di Post-It.Kata-kata seperti ‘tunggu Abang ya?’ dan ‘cantik isteri abang hari ini’ adalah bentuk luahan cintanya padaku.Setiap pagi,aku seperti diberi peringatan tentang cinta Abang Nazrul kepadaku dan betapa aku juga mencintainya.Abang akan ke kerja selepas itu dan pulang pada waktu petang.Walaupun letih,dia akan memakan hidangan yang telah dimasak olehku.Aku pula menjadi suri rumah sepenuh masa.Sentiasa menjaga keperluannya dan melayaninya.Di sudut hati ini pernah juga berbisik,”Pandai Abah cari kan Qaseh suami.”

No comments: