Bhg 18


Selepas solat Subuh, aku kembali tidur dan hanya terjaga dengan bunyi deringan telefon bimbitku. Terpisat-pisat aku meraba-raba telefon bimbitku.

"Hello,baby!"

Mataku dengan serta-merta terbuka luas. Tanganku serta-merta menggeletar. Kenal benar aku dengan suara itu. Dalam hati, aku benar-benar mengharap ini hanya satu mimpi atau telingaku salah mendengar suara itu.

Dengan nada terketar-ketar aku bertanya," David,is that you?"

Soalan aku diiringi dengan hilai tawa pemanggil di hujung talian dan itu membuatkan aku semakin pasti itulah David, teman lelaki aku suatu masa dahulu.

"Sudah tentu ini saya, sayang!" jawab David menggunakan bahasa Melayu yang baku yang dibelitkan dengan lidah Caucasian nya. Buat sejenak, terasa geli hatiku mendengarkan David berbahasa Melayu.  Namun aku masih terdiam, tidak pasti respon apa yang perlu aku berikan.

"Tell me baby,what happened to you?Mama you menangis-nangis apabila telefon I.She said you've changed. Perubahan besar!" sambung David dengan sengaja menguatkan perkataan 'besar'.

"You don't need to know anything. Kita bukan ada apa-apa ikatan kan?"

"But honey,I care for you. Kita memang bukan pasangan lagi, tetapi tidak salah bukan mengambil tahu apa yang sedang terjadi?"

"Baiklah. If you really want to know,then come to this place."

Aku memberikan David alamat Darul Arqam dan lekas-lekas mengakhiri perbualan itu dengnan meletakkan gagang telefon. Masih tidak sangka, David yang sudah bertahun tidak bersua, menelefon aku bertanya khabar. Aku tahu ini mesti kerja Mama. Tentu Mama yang menyuruh David menelefon aku dan mahu memujuk aku kembali ke jalan lama. Lagipun, Mama tahu, dahulu banyak keputusan yang aku buat, David yang menjadi pengaruhnya.

Aku tidak pasti samada mahu memberitahu Ustaz Rahman tentang hal ini. Mungkin hal ini tidak lah sepenting mana.

Aku menggeleng-geleng kepala dan memutuskan untuk tidak memberitahu Ustaz Rahman akan hal ini. Kemudian aku mengangkat gagang telefon dan mendail semula nombor David melalui pemanggil ID.

"David,I'm sorry.This is urgent. You tidak perlu jumpa I di Darul Arqam."

"Mengapa?" tanya David.

"Meet me at Gurame Restaurant tomorrow at 3pm.Bye!" langsung aku meletakkan gagang telefon sebelum sempat David memberi jawapan.

Aku tidak mahu libatkan Ustaz Rahman dalam hal ini. Biarlah aku menerangkan David hal sebenar dan memintanya untuk tidak masuk campur lagi dalam hal antara aku dan keluargaku.

Aku tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa di pejabat. Aku berharap reaksi David tidak sama seperti reaksi Mama ketika pertama kali melihat aku sebegini. Aku juga berharap David yang selalu mempengaruhi aku, akan mempengaruhi Mama pula kali ini. Untuk memberitahu Mama bahawa aku tidak akan pernah kembali seperti dahulu.

Getaran kuat telefon bimbitku membuatkan aku terkial-kial mengangkatnya dengan cepat. Rupanya pesanan ringkas dari Ustaz Rahman.

'Salam,Aisyah. Esok jumpa Ummi?'

Aku terasa malas untuk membalas SMS itu lalu aku terus mendail nombor Ustaz Rahman.

"Assalamualaikum,Ustaz."

Setelah Ustaz Rahman menjawab salamku, aku sambung," Ustaz,saya minta maaf,esok saya sibuk. Kemungkinan saya overtime. Kata Ustaz, kita jumpa minggu hadapan?

"Ummi tidak sabar hendak jumpa. Saya rahsiakan segalanya dari Ummi. Nama pun saya belum bilang," jawab Ustaz Rahman, seperti puas akan keputusannya  untuk buat sebegitu.

"Ya Allah. Nama saya bukan glamor mana hinggakan tidak boleh beritahu mak Ustaz. Apa-apa pun, kita jumpa minggu hadapan sahaja ya? Saya benar-benar sibuk ni."

"Alahai, Aisyah. Jumpa mungkin tidak lama dari 2 jam. Paling-paling tiga jam. Itu pun kalau Ummi suka dengan Aisyah dan mahu borak-borak. Dan saya pasti, Ummi akan suka Aisyah. Mungkin boleh jumpa selepas waktu kerja dan overtime Aisyah?" terang Ustaz Rahman yang cuba memujukku.

"Maaf Ustaz. Kan sudah akhir bulan. Banyak benda yang perlu diselesaikan.  Selesai kerja, tentu muka pucat kepenatan. Saya tidak mahu jumpa mak Ustaz dengan keletihan."

Ustaz Rahman tidak respon buat seketika. Baru sahaja aku mahu berkata sesuatu, Ustaz berkata,"Kalau begitu tidak mengapalah. Aisyah sambung kerja. Cuma…."

"Cuma apa, Ustaz?"

"Sedih Ummi nanti," sambung Ustaz Rahman diikuti dengan tawa kecil.

"Tidak mengapalah Aisyah. Mungkin jika jumpa minggu hadapan ada hikmahnya, insyaallah. Jumpa minggu hadapan sahajalah! Assalamualaikum."

Setelah menamatkan panggilan, aku menggaru kepala. Aku rasa bersalah yang teramat sangat. Belum pun berkahwin dan menjadi isteri, aku sudah pandai berbohong. Bohong kerana takut. Mengapa tidak ada sedikit pun keberanian dalam diriku? Susah sangatkah untuk memberitahu Ustaz Rahman yang aku akan berjumpa dengan bekas teman lelaki aku? Ini menjadi lebih rumit.

6 comments:

Rehan Makhtar said...

alhamdulillah..best la cite..mgkin garapan tu leh diperbaiki tp so far ok la..nnt sy singgah lg eh..

Jannah Binte Johari said...

Terima kasih.
Saya baru mula tulis-menulis ni,insyaallah,akan cuba perbaiki lagi :)

suha fasihah said...

wahhh
new appearance...
nice :)

❤MuRni DahLiA❤ said...

sweet...

Hua Xiao Jie said...

BACEN! CEPAT SAMBUNG!!!

Jannah Binte Johari said...

Sabar Hua,sabar!