Chp 6


Tiba-tiba aku gagap.Segala yang sudah aku rancang untuk bertanya hilang serta-merta.Melihat mukanya seperti sudah terubat rindu di hati tidak melihatnya semalaman.Namun,Abang Nazrul langsung duduk dan ketika itu jugalah hakim masuk ke bilik bersama dua orang saksi.Selepas diberitahu akan langkah-langkah penting hakim itu bertanya,”Baiklah,ada apa-apa lagi sebelum  kita teruskan?”


Tiba-tiba Abang Nazrul menoleh kearah aku sambil meletakkan tangannya di pehaku dan berkata,”Qaseh,Abang harap Qaseh faham.Abang buat ini semua untuk kebaikan Qaseh.Selama Abang hidup dengan Qaseh,Abang bahagia.Wallahi Qaseh.Qaseh akan faham tujuan Abang buat sebegini dalam masa terdekat ini juga.Abang sayang Qaseh.”


“Abang,Qaseh tidak faham dari mula Abang beri Qaseh surat itu.Qaseh tidak faham apakah kebaikan yang Abang maksudkan itu jika kita bercerai.Qaseh tidak faham apa maksud Abang dengan tujuan Abang ini.Tetapi yang Qaseh faham adalah Abang sayang Qaseh sepenuhnya dan jika perceraian adalah untuk kebaikan Qaseh dan Abang,Qaseh reda dan Qaseh terima takdir bahawa tiada lagi jodoh antara kita.”


Abang Nazrul hanya mengangguk dan aku sedar airmata sedang mengalir dari mata orang yang aku cintai ini.


“Abang,izinkan Qaseh salam Abang buat kali terakhir?”aku bertanya.Tanpa menunggu sebarang jawapan,aku mengambil tangannya dan menyalaminya.Airmata yang jatuh dari pipiku semakin deras mengalir.


“Qaseh,izinkan Abang mencium dahi Qaseh buat kali terakhir?”tanya Abang Nazrul dan dia juga,tanpa menunggu sebarang jawapan terus mencium dahiku.Aku tidak membangkang.Itulah ciuman terakhir dari insan yang ku gelar suami.


Selepas itu Abang Nazrul melafazkan talak,”Saya,Nazrul Wahyd Bin Abdussamad menceraikan awak,Nur Fitrah Qaseh Binti Al-Farihin dengan talak satu.”


Aku menghela nafas panjang.Sudah jatuh lah talaknya kepadaku.Selepas mendapat kepastian dari para saksi,maka secara rasminya aku bukan lagi isteri Nazrul Wahyd.Tiada lagi hak sebagai seorang isteri.Saat itu juga kau sudah digelar janda.Digelar janda atas sebab-sebab yang masih belum ku kenal pasti.Aku reda.Aku terima takdir.

No comments: