Bhg 7

Untuk hari itu, aku sekadar mengenakan seluar bermuda dan blause ungu tanpa lengan.Aku rasa bimbang. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Susah hendak mendapat teksi dalam waktu sebegini. Aku tidak mahu Ustaz Rahman fikir bahawa aku sengaja melambatkan pertemuan kita. Lantas aku menempah teksi untuk ke sana sahaja.

"Pakcik, ke darukam," aku katakan kepada pembawa teksi itu. Pakcik itu kelihatan keliru. Aku pun menyatakan destinasi aku sekali lagi.

"Maksud anak, hendak ke Darul Arqam?" pakcik itu bertanya untuk meminta kepastian. Barulah aku sedar aku salah sebut nama tempat itu. Aku pun mengangguk dan menundukkan kepala tanda malu.

Sampai di sana, aku rasa ganjal. Mengapakah tiba-tiba aku bersetuju dengan cadangan Ustaz Rahman untuk ke sini? Aku memberi jaminan kepada diriku sendiri dan melangkah masuk ke bangunan itu. Rasa sejuk. Mungkin kerana penghawa dingin.

"Assalamualaikum," tegur seseorang. Aku pasti itu Ustaz Rahman. Aku menoleh dan sangkaanku tepat.

"Walakussam,"jawabku.

"Bukan 'walakussam'. Wa'laikumussalam,"kata Ustaz Rahman sambil menggerakkan mulutnya mengikut sebutan. Aku meminta maaf ataas kesilapanku. Ustaz Rahman membawaku masuk ke pejabatnya. Aku menyedari bahawa dia telah membiarkan pintu itu terbuka.

"Kenapa buka pintu?"

"Sama seperti semalam. Tidak manis lelaki dan wanita berduaan sahaja. Jadi saya buka pintu untuk tidak menimbulkan apa-apa fitnah atau syak wasangka," terang Ustaz Rahman.

"Jadi, apa yang Puan Walter hendak tahu tentang seorang muslim dan agama Islam?"

"Please, just call me Diane," jawabku.

"And please just call me Ustaz Rahman," jawab Ustaz Rahman. Aku tidak pasti samada itu memerli atau sekadar bergurau. Aku sekadar mengangguk tanda faham.

"Ustaz Rahman, soalan pertama saya, siapa sebenarnya yang menyambut Hari Raya?". Ustaz Rahman ketawa kecil. Aku pun tertawa. Dalam banyak-banyak soalan yang boleh aku tanya, tentang Hari Raya juga akhirnya.

"Diane, Hari Raya merupakan satu hari kemenangan umat Islam seteleh sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Tentu sekali disambut oleh muslimin dan muslimat di seluruh dunia," terang Ustaz Rahman. Selepas itu, aku menanya Ustaz Rahman pelbagai soalan namun Ustaz Rahman dengan sabar menjawabnya. Baru sahaja lima belas minit di situ, Ustaz menghentikan pertanyaanku.

"Maaf Diane, sekarang sudah masuk solat waktu Zohor, kita sambung selepas saya tunaikan solat?" tanya Ustaz Rahman dengan penuh sopan. Aku sekadar berdiam diri. Kemudian dia keluar dari pejabat itu. Aku mengekorinya. Entah mengapa.

Ustaz Rahman menghentikan langkahnya apabila kita sudah ke satu kawasan. Kelihatan seperti barisan paip-paip. Aku nampak ramai lelaki yang membasuh muka. Ada yang sedang membasuh tangan dan ada pula yang membasuh kaki. Ustaz Rahman menunggu gilirannya. Selepas itu, aku perhatikan Ustaz Rahman juga membuat perkara yang serupa. Selesai sudah, Ustaz Rahman menuju ke satu bilik yang saiznya sederhana dan lebih besar dari bilik pejabat Ustaz Rahman. Aku nampak juga wanita yang menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Aku mengekori salah satu wanita itu.

Di tingkat atas, hampir ke semua wanita di situ seperti diselubungi kain putih. Tidak ada satu pun bahagian tubuh badan mereka yang terdedah. Cuma muka. Aku rasa malu tiba-tiba berpakaian sebegini.

"Allahu Akbar Allahu Akbar,"tiba-tiba kedengaran seperti satu suara berkumandang dari pembesar suara. Aku tersentak. Aku melihat sekitaranku. Suara apa itu? Aku lihat, semua wanita di situ tiba-tiba senyap. Semua tunduk. Aku hairan.

Selepas beberapa minit, suara itu senyap. Seorang wanita menghampiri aku.

"Kakak tidak turut serta solat Zohor?"aku tergamam. Apa yang harus aku jawab?

"It's okay.I'm waiting for my sister," jawabku. Wanita itu mengangguk dan membiarkan aku di situ. Dia pun memasuki barisan wanita-wanita 'sarung putih' itu. Aku perhatikan sahaja dari satu sudut. Sekejap mereka tunduk dan lepas itu mereka seperti sujud. Kemudian aku lihat mereka bangkit semula dan mengulangi perkara itu lagi. Belum pun habis dengan 'rutin' mereka, aku lekas beredar dari tempat itu. Rasa janggal pula.

Inikah apa yang Ustaz Rahman maksudkan dengan 'solat'?

No comments: