Chp 7


Petang itu aku pulang ke rumah Abah.Nampak sahaja Abah di depan pintu rumah,terus aku berlari dan memeluknya erat.Menangis seperti yang sudah aku lakukan sejak kelmarin.Abah hanya menyuruhku bersabar dan menerima ketentuan Ilahi.Terus Abah menjemputku ke dalam rumah untuk jamuan bersama keluarga.


Malam itu,aku hanya menangis di atas katil sedang orang lain sudah nyenyak tidur.Kemudian aku termenung.Aku berfikir.Mengapa aku harus menangis?Bukankah aku sudah reda dan menerima takdir?Aku bertekad untuk teruskan juga kehidupan dan kuatkan semangat untuk menempuhi dugaan dan cabaran yang akan datang.Malam ini adalah malam terakhir aku akan mengingati dan mengenali  Abang Nazrul sebagai suamiku.Esok,tiada lagi Nazrul Wahyd di dalam kamus hidupku.Esok,adalah lembaran baru dalam sejarah hidupku.


Esoknya,aku keluar pagi dan bersarapan dengan keluargaku.Jiwa yang semalam berkecamuk cuba aku tenangkan hari ini.Di dalam kereta,kita tertawa riang seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi.Tiba-tiba Abah melihat kearah ku menerusi cermin di kereta dan berkata,”Qaseh,Abah sudah dapatkan calon.”


Kata-kata sebegini mungkin tidak akan mengejutkan mereka yang tidak pernah berkahwin.Malah,mungkin teruja.Tidak juga memeranjatkan mereka yang sudah lama menjanda dan sudah bersedia untuk menerima insan baru dalam hidupnya.Tetapi aku,yang baru sahaja diceraikan semalam,berhak rasa terkejut.


“Abah,apa yang Abah berbual ini?Abah sedar tidak?Abah sedar tidak bahawa Qaseh baru sahaja diceraikan semalam.Baru sahaja mula edah hari ini,Abah sudah ada calon?”aku bertanya.


“Qaseh anakku,kau bukan kematian suami dan perlu berkabung.Kau hanya diceraikan suami.Lagipun calon ini sudah lama Abah kenal dan Abah berkenan dengannya.”


“Dulu pun Abang Nazrul Abah berkenan,bercerai juga kita akhirnya,Abah,”aku menjawab,masih tidak memahami niatnya itu.”Lagipun sekarang Qaseh sudah status janda dan dalam Islam,Abah tidak ada hak untuk memaksa Qaseh berkahwin dengan sesiapa,”aku sambung,kali ini dengan nada yang tegas sedikit.Abah terdiam dan kepalanya menggeleng.Aku tahu,ini bukan pengakhiran dalam perdebatan ini.


Tetapi,apabila aku berfikir secara mendalam,ada betulnya kata Abah.Aku bukan kematian suami.Sekadar diceraikan.Pada aku juga,perkahwinan aku dan Abang Nazrul bahagia dan kami bercerai pun kerana Abang Nazrul pasti yang ini adalah keputusan yang terbaik buat kami berdua.Mungkin inilah kebaikannya.


“Siapa calon itu Abah?”aku bertanya sekaligus memecahkan kesunyian di dalam kereta sejak perdebatan tadi.Abah tersenyum.


“Anak kawan Abah.Umurnya 28 tahun.Baik orangnya.Baru balik dari New Zealand untuk dapatkan PhD dalam bidang sosiologi.Sekarang,dia seorang ustaz di masjid tempatan,”kata Abah.Sejuk hatiku apabila mendengar calon yang Abah maksudkan ini adalah seorang Ustaz.


“Siapa namanya?”tanyaku lagi.


“Muhammad Farhad Bin Haji Arifin,kawan Nazrul,”jawab Abah.Aku mengangguk.


“Abah,buat masa ini,Qaseh tentu belum bersedia lagi.Tetapi Qaseh janji akan beritahu Abah jawapannya.Berikan Qaseh masa Abah.”


Selepas itu,keadaan di dalam kereta kembali sunyi.

No comments: