Chp 2


Dua tahun telah berlalu.Insan yang bergelar anak masih belum hadir dalam keluarga kami.Masih lagi aku dan suamiku sahaja yang tinggal di rumah teres ini.Terasa kosong.Sudah lama aku inginkan tangisan dan tawa riang anak kecil di rumah ini.Melihat telapak kaki kecil berlari.Sudah banyak cara kami cuba.Apabila membuat ujian,doktor dapati aku tiada masalah dan merupakan wanita yang subur.Namun,sebaliknya yang terjadi kepada suamiku.Doktor memberitahu kami bahawa sukar untuk suamiku memberikanku cahaya mata yang kami inginkan selama ini.Kami reda akan ketentuan Allah dan maklum bahawa belum lagi rezeki kami.


Kami menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga dengan mengadakan jamuan makanan di rumah kami.Ramai yang datang dan memeriahkan majlis itu.Ketika sedang sibuk menyediakan makanan di dapur,tiba-tiba  Abah datang ke dapur.


“Bila Abah dapat timang cucu,Qaseh?Sudah tiga tahun Abah menunggu,”kata Abah secara tiba-tiba.Terkejut aku mendengar soalannya itu.


“Abah,kenapa tanya tiba-tiba?Itu adalah ketentuan Allah.Jika ada rezeki kami untuk dikurniakan cahaya mata,Alhamdulillah.Tetapi kalau tidak ada rezeki,kami reda,”jawabku dengan tenang.


“Benar Qaseh,itu semua ketentuan yang Maha Esa.Tetapi kita sebagai manusia mesti usaha juga.Contohnya,kalau nak bekerja,tentu kita mesti cari kerja.Kerja tidak datang kepada kita kan?Betul tidak?”sambung Abah,ingin memastikan aku memahami apa yang ingin disampaikannya.


“Itu Qaseh tahu,Abah.Memang Qaseh dan Abang Nazrul sedang berikhtiar.Macam-macam kami sudah cuba.Sekarang kami sedang pertimbangkan untuk mengambil anak angkat,”jawabku lagi.


“Eh,Abah tidak benarkan.Abah tidak mahu ada cucu angkat.Susah nanti.Kelak,bila sudah besar,hendak cari ibubapa kandunglah,sedih tidak diberitahu hal sebenarnya lah.Leceh.Lagipun,anak angkat tidak ada pertalian darah,”kata Abah.Kali ini dengan nada lebih serius.


“Abah,anak angkat kan anak juga.Manusia juga.Ada hati dan perasaan.”


“Kamu jangan mengubah topik pula Qaseh.Abah tahu,Abah hendak cucu kandung dan bukan cucu angkat.Qaseh satu-satunya anak Abah dan harapan Abah.Kalau betul sudah tidak ada cara lain lagi untuk kamu ikhtiarkan,kahwin lain.Minta cerai dengan Nazrul.”


Abah terus bangun dari tempat duduknya lalu ke ruang tamu.Tercegat aku di situ.Terkejut dengan kata-kata Abah ku.Dia menyuruhku meminta cerai walhal,dahulu Nazrul adalah jejaka pilihannya untuk menjadi suamiku.Bingung aku dibuatnya.Resah aku apabila mendengar kata-kata Abah tadi.Sejurus selepas itu,Abang Nazrul memasuki dapur.


“Qaseh,Abah marahkan Abang ya?Tadi Abah keluar dapur,terus dia pakai selipar di luar dan keluar rumah.Bila Abang tanya dia hendak ke mana,dia jeling Abang.Kenapa Qaseh?Apa silap Abang?”Tanya suamiku penuh kerisauan dan ikhlas ingin mengetahui situasi bapa mertuanya itu.Tidak sampai hati aku hendak memberitahu suamiku hal sebenarnya.Apa salah dia?Tidak pernah dia memberi aku layanan buruk.Jangan kata pukul,jentik pun tidak pernah dia lakukan padaku.Makan-minumku semua ditanggungnya.


“Tidak ada apa-apa,Abang.Abah sedang sakit perut agaknya,”jawabku.Abang Nazrul terus mengangguk dan keluar.Raut wajahnya menunjukkan muka sedih namun dia cuba menyembunyikannya.

No comments: