Bhg 12


Esok hari, selepas waktu kerja habis, aku bergegas ke Darul Arqam. Kelam-kabut pemandu teksi itu memandu kerana aku sentiasa meminta dia untuk memandu dengan lebih pantas . Sampai sahaja, aku memberikannya wang tambang dan terus keluar tanpa menunggu wang baki. Tidak ada masa lagi.

Aku percepatkan langkah dan terus mengambil wudhu'. Solat asar, aku tunaikan dengan cepat namun aku pastikan dalam keadaan khusyuk. Selesai sudah, aku tergesa-gesa menuruni anak tangga.

Sampai sahaja di tingkat satu, aku ternampak kelibat orang yang ingin aku temui.

"Ustaz Rahman!"

Bahu Ustaz Rahman terjungkit. Aku membeliakkan mata. Pasti dalam tidak sedar, aku terpekik tadi. Ustaz Rahman menoleh dan aku dapat lihat dia kerutkan keningnya.

"Aisyah,ada apa ini? Kenapa tidak datang seminggu?"

"Assalamualaikum, Ustaz. Maaf, saya ada perkara mustahak hendak beritahu Ustaz. Terlalu rumit untuk terangkan melalui pesanan ringkas."

"Pertama sekali,waalaikumusalam. Ia Aisyah,apa yang penting sangat?"

Terus aku terangkan situasi aku. Aku berbual seperti tidak memberikan Ustaz Rahman peluang untuk mencelah langsung. Namun, Ustaz Rahman berulang kali mengangguk. Selesai menjelaskannya,aku menarik nafas panjang.

"Panjang dan rumit."

Aku mengangguk. Sekadar mengiakan kata Ustaz Rahman.

"Jadi,apa yang saya boleh bantu? Membawakan champagne untuk Mama awak?" kata Ustaz Rahman diikuti dengan tawanya. Aku sekadar ketawa kecil. Bagi aku perkara ini sirius.

"Ustaz, saya sirius. Mereka akan sampai hari Rabu ini,"celah aku walaupun Ustaz masih tertawa.

"Oh,saya minta maaf. Baiklah,apa yang boleh saya bantu sebenarnya? Awak mahu saya nasihatkan Mama awak?" tanya Ustaz Rahman. Aku menggeleng.

"Awak mahu saya terangkan pada mereka awak sudah berubah?" tanya Ustaz Rahman lagi. Aku menggeleng.

"Jadi, awak mahu saya buat apa?" tanya Ustaz Rahman sambil menaikkan kening hingga menampakkan kedutan di dahi.

"Ustaz boleh tolong saya atau tidak?Apa sahaja?" aku bertanya mendapatkan kepastian.

"Insyaallah. Selagi dalam kemampuan saya dan tidak ditegah agama, tidak salah membantu saudara Islam,"jelas Ustaz Rahman. Aku berasa lega mendengar penjelasannya.

"Can you please pretend to be my fiance?"

Soalan yang diikuti dengan mulut Ustaz Rahman yang tiba-tiba terlopong.

No comments: