Bhg 6

"Maaf Aisyah kerana menyampuk. Tetapi apa yang dikatakan Ustaz Rahman hinggakan Aisyah sanggup ke rumahnya?" tanya Puan Zawiyah. Aku sekadar mengangkat bahu. Terus terang, hinggakan hari ini, aku juga tidak tahu apa yang membuatkan aku buat sebegitu. Mungkin doa Ustaz Rahman ketika itu sudah terkabul. Mungkin Allah s.w.t sudah membuka pintu hatiku.

Aku lihat, buku nota Puan Zawiyah tidak banyak catatan. Puan Zawiyah, menyedari tentang perbuatan aku melihat buku notanya, dengan cepat meminta maaf.

"Saya minta maaf. Terlalu taksub dengan cerita Aisyah sampai terlupa mencatatnya. Aisyah jangan risau, saya pasti ingat dan akan membuat catatan saya nanti. Sambunglah cerita,"kata Puan Zawiyah. Aku tertawa kecil.

Aku menarik nafas panjang dan menyambung cerita.

Sampai sahaja di rumah Ustaz Rahman, aku menyahut namanya.

"Rahman!Rahman!"Please come out!Hello!"

Kendengaran seseorang menyelak rantai kunci pintu. Pintu itu terbuka dan Ustaz Rahman berdiri dihadapanku. Ustaz Rahman memberi salam.

"Apa tujuan Puan Aisyah ke rumah saya?"tanya Ustaz Rahman.

"Aren't you going to invite me in?"

"Saya minta maaf. Tidak manis seorang lelaki dan seorang wanita berduaan di rumah. Emak saya tidak ada di rumah. Kenapa Puan Aisyah ke rumah saya?"Ustaz Rahman mengulangi soalannya lagi.

"Rahman,what is a muslim actually?"aku tanya dengan tergagap-gagap. Soalan yang sama yang pernah aku tanya Rafi dahulu. Ustaz Rahman tersenyum.

"Puan,kalau benar Puan hendak tahu,datanglah ke Darul Arqam esok. Insyaallah saya akan beri jawapan yang Puan mahu dengar."

Aku sedikit kecewa namun kali ini aku tidak akan berhenti di sini.

"Darul Arqam?"

Ustaz Rahman beritahu, Darul Arqam juga dikenali sebagai The Muslim Converts’ Association of Singapore.Itulah tempat untuk mempromosikan Islam dan memberi bimbingan, sokongan dan bantuan yang berterusan kepada pemeluk Islam dan orang awam Islam yang umum di Singapura melalui pelbagai program dan perkhidmatan. Ustaz Rahman juga beritahu bahawa dia menjadi sukarelawan di sana.

"Saya juga seorang Ustaz sebenarnya. Kita jumpa esok sahaja di Darul Arqam, Puan Aisyah. Assalamualaikum."

"Nanti dahulu,"aku jawab dan menghalang dia dari menutupi pintu.

"Jika orang menegur saya dengan salam tadi,apa yang perlu saya jawab?".Soalan aku itu membuatkan Ustaz Rahman tersenyum.

"Puan hanya perlu menjawab 'waalaikumussalam',"jawab Ustaz Rahman.

"Walakussam,"aku berkemam kerana tidak pasti akan kebetulan kata-kata ku.Ustaz Rahman tertawa lagi.

"Why are you always laughing?"aku bertanya. Rasa agak malu juga diketawakan dengan orang yang baru sahaja aku marah di pejabat tadi. Senyuman dari Ustaz Rahman pudar.

"Esok sahaja kita jumpa,"kata Ustaz Rahman,kali ini, dengan pantas dia menutup pintu. Aku tercegat sendirian dengan harapan dia akan membuka pintu itu semula. Namun, selepas beberapa minit, aku tahu, pintu itu akan sentiasa tertutup. Aku pun mengorak langkah dan beredar dari situ.

4 comments:

Hua Xiao Jie said...

bukan 'nafaz' tapi 'nafas' sayang... Kalau tak sure can check through this link. http://prpm.dbp.gov.my/

Jannah Binte Johari said...

sayang,tersalah ejaan sayang~

AiNa MiDa said...

pelik la, kenapa ustaz rahman bagi salam kat dia? sedangkan dia bukan islam.. n dia belum masuk islam tapi ustaz rahman panggil dia puan aisyah?

Jannah Binte Johari said...

Aisyah muka macam melayu kerana mak dia melayu.Dan Ustaz Rahman ada mendengar Aisyah berbual melayu.

So Ustaz Rahman assume she's a muslim walaupun nama 'glamour'. Orang melayu sekarang ada nama suka di'glamour-glamour' kan :)