Chp 5


Tiba-tiba kedua belah kaki terasa lemah longlai.Debar jantungku memukul dada.Dada terasa seperti dihempap batu.Walau tiada cermin disitu,aku dapat rasakan mukaku sedang pucat lesu.Kenapa tiba-tiba Abang Nazrul begini?Bukankah perbincangan ini sudah lama berakhir?Bukankah ikhtiar cara sebegini sudah lama ditolak tepi?Mungkinkah Abah yang memaksa Abang Nazrul?Dengan cepat aku mencapai gagang telefon dan mendail nombor Abah.


“Assalamualaikum Abah.Abah,kenapa?Kenapa sanggup buat begini?Kenapa Abah sanggup rosakkan kebahagiaan Qaseh?”aku bertanya .


“Eh,apa yang Abah buat?,”tanya Abah kebingungan.Aku kemudian memberitahu Abah tentang surat mahkamah itu.


Kemudian Abah menjawab,”Qaseh,sejak kamu masih berdegil mahu mengambil anak angkat,Abah rasa seperti tidak boleh membuat apa-apa lagi.Tidak mungkin Abah yang paksa sedangkan sudah berbulan lamanya Abah tidak jumpa Nazrul,”terang Abahku.


Aku semakin hairan.Abang Nazrul yang menghantar surat inikah?Apa tujuannya?Tanganku semakin terketar-ketar.Tidak mungkin ini adalah suatu pengakhiran untuk alam perkahwinan bagiku.Tetapi jika benar tiada lagi jodoh kami,aku reda.


Malam itu Abang Nazrul tidak pulang.Panggilanku juga tidak dijawab.Aku risau.Solat Maghrib dan Isyak buat pertama kali dalam perkahwinan kami,tidak dilakukan secara berjemaah.Selepas sahaja mengaji,deringan telefon membuatku tersentak sekejap.


“Assalamualaikum Qaseh.Nazrul ada di rumah Ayah.Qaseh tidak perlu risau apa-apa.Insyaallah esok kamu jumpa dia di mahkamah nanti.Selamat malam,”kata Ayah dan selepas itu aku pun meletak gagang telefon itu sebelum sempat berkata apa-apa.Aku masih cuba memecahkan misteri disebalik keputusan mengejut Abang Nazrul.Apa salah aku sebenarnya?


Esok hari,seperti hari-hari yang biasa,aku menyiapkan sarapan untuk dua orang.Mana tahu,mungkin Abang Nazrul akan pulang dan huraikan segala bentuk masalah dan kekusutan di benak mindaku ini.Namun ternyata batang hidung pun tidak kelihatan.Tiba-tiba aku tidak sabar untuk ke mahkamah dan berjumpa Abang Nazrul.Mahu menyoal sebab kelakuannya dan tindakannya itu.Tentu bersebab.


Sampai disana,aku menunggu di bilik A2Q8,seorang diri.Sedang aku termenung tidak ku sedari airmata sedang mengalir di pipi.Tiba-tiba teringat akan saat-saat bahagia.Tiba-tiba cuba mengingati apa sebenarnya salah aku.Apa sebenarnya kekuranganku sehinggakan tanpa apa-apa tanda,surat cerai yang dihantar.Mungkin aku tidak melayaninya dengan baik?Atau mungkin aku tidak menghiraukannya?Yang penting,soalan ini semua akan aku tujukan pada Abang Nazrul nanti.Dan saat itu jugalah Abang Nazrul memasuki bilik itu.


“Abang?”

No comments: