Chp 8


Sudah dua bulan berlalu sejak Abah memberitahuku tentang calonnya itu.Sudah dua bulan juga Abah menunggu jawapan dari aku.Namun,aku masih belum bersedia.Masih perlukan lagi masa.Masih tertanya-tanya adakah ini kebaikan yang Abang Nazrul maksudkan itu.


Malam itu aku duduk berbincang dengan Abah di ruang tamu.Membincangkan sesuatu yang melibatkan masa hadapanku.


“Abah,minum air kopi ini,”aku mempelawanya.


“Qaseh hendak apa?Sekejap lagi sudah masuk waktu solat Isyak,”kata Abah lalu menghirup air kopi itu.


“Abah,semalaman Qaseh fikir tentang apa yang selalu ada dalam fikiran Qaseh ini.Sudah dua bulan dan hari ini Qaseh akan beritahu Abah jawapan Qaseh dan Qaseh harap Abah terima dengan ikhlas hati,”aku memulakan perbincangan.


“Jawapan apa?Oh,tentang calon yang Abah cadangkan itu?Baiklah,apa jawapan Qaseh?”tanya Abah.


“Qaseh sudah bersedia untuk berkahwin dengan  Farhad,”aku jawab sambil menghela nafas lega.Tidak tahu mengapa aku perlu berasa lega.Yang aku tahu,Abah menguntumkan senyuman yang lebar sekali.


“Tetapi,dengan satu syarat Abah,”aku sambung dan sekaligus senyuman Abah kembali  biasa.


“Izinkan Qaseh bertemu dengan Abang Nazrul buat kali terakhir.Qaseh mengaku sukar untuk melupakan Abang Nazrul dan Qaseh masih mencintainya.”


Abah sekadar mengangguk.”Esok Abah akan pertemukan kamu dengan Farhad dan lusa kamu berdua boleh bertemu Nazrul bersama,”kata Abah sambil menghabiskan air kopi lalu bangun untuk menunaikan solat Isyak.


Bolehkah aku  perkenalkan kepada Abang Nazrul bakal suamiku sedangkan baru sahaja bercerai dua bulan lalu?Bagaimana perasaan dia apabila dapat tahu aku akan berkahwin dengan kawannya?Hancurkah hatinya?Yang pasti,jejaka bernama Farhad ini akan bakal menjadi suamiku dan kelak cintaku akan hanya untuknya sahaja.

No comments: