Bhg 11


Buat beberapa saat Ustaz Rahman di hadapanku, aku berdiri kaku. Tiada sebarang kata mampu keluar dari bibirku. 

"Ustaz,er,sebenarnya…."

"Tidak mengapa Aisyah. Saya telefon sebab hendak beritahu awak saya di kolong blok apartmen awak. Saya datang pun sebab awak tertinggalkan fail awak di ruang solat tadi. Ada jemaah wanita yang berikan pada saya tadi,"terang Ustaz Rahman.

Ustaz Rahman menghulurkan fail itu dan terus beredar selepas memberi salam. Tidak sempat aku hendak menjawab salam dengan sempurna. Aku memicit butang lif dan memasuki lif setelah ia tiba. Aku memandang cermin yang menjadi dinding lif itu dan barulah aku sedar,pipiku berwarna merah jambu! Pasti Ustaz Rahman nampak tadi.Aku malu sendiri.

Sampai di rumah, aku campakkan beg tanganku di sofa yang berdekatan dengan pintu. Aku meluru masuk ke bilik dan menghempaskan badanku di atas katil yang empuk itu. Tudung dan jubah belum sempat disalin dengan baju rumah. Aku memandang ke arah siling. Benak fikiranku tidak habis-habis mengulangi insiden di Darul Arqam dan di kolong blok tadi. Kemudian aku tersenyum. Senyum lagi?

Beberapa hari sejak insiden itu, aku masih belum berani untuk menjejakkan kaki Ke Darul Arqam. Masih malu berhadapan dengan Ustaz Rahman. Aku sekadar pergi ke kerja dan terus pulang selepas itu. Langsung tidak terfikir untuk singgah ke Darul Arqam. Ada juga beberapa kali Ustaz Rahman menghantar pesanan ringkas menanyakan tentang ketiadaan aku di Darul Arqam dan di kelasnya. Namun aku tidak balas.

Aku juga ada terfikir,mungkinkah aku sekadar bertindak melebih-lebih? Sedangkan Ustaz Rahman sendiri tidak pernah mengungkitkan insiden itu.

Hari minggu, selesai Subuh,aku tidak kembali tidur. Niat hati hendak membersihkan rumah, namun deringan telefon yang terletak di meja sebelah sofa menghentikan kerjaku. 

"Assalamualaikum,"aku memberi salam dengan suara yang amat perlahan mungkin pemanggil itu tidak dengar.

"Diane?"

Aku tersentak. Terdiam seketika. Sudah lama tidak dipanggil dengan gelaran itu. Sudah terbiasa diri ini digelar 'Aisyah'. Ini pasti….

"Ini Mama lah."

Aku sudah mengagaknya.

"Yes Mama.What do you want? It is so early in the morning here."

"I'm so sorry,Diane. Mama terlupa. I didn't realise the time zone differences. It is still 10 pm here,sweetie.Mama Cuma mahu bilang yang Mama akan pulang ke Singapura. Daddy finally got transferred back here and I'm so excited to see you!"

Gagang telefon tiba-tiba terlepas dari genggaman eratku. Buat seketika, aku terkaku. Apabila terdengar suara Mama yang datang dari telefon itu,barulah aku kelam-kabut mengangkatnya.

"Sorry Mama,I'm here now. Tadi telefon terjatuh."

Mama tertawa selang berkata,"You're so foolish,honey!"

"Bila Mama sampai Singapura?"

"Okay.Here's the details. My flight will land at Singapore approximately around 8pm on Wednesday. You don't have to fetch us,honey. Daddy already hired a chauffeur to get us to your house."

"Rumah saya?" aku menyampuk. Terperanjat dengan penjelasan Mama.

"Benar sayang. Mama minta maaf. Belum sempat cari rumah sewa pun. Rumah dulu kami sudah dijual bukan?"

Aku sekadar mengangguk seperti patung bobble head. Cukuplah, aku tidak mahu lagi kejutan.

"Baiklah sayang. I need to go now. Get your boyfriend and some champagne ready for me when I get there, Diane. Bye!"

Bunyi menandakan talian sudah berakhir menyentakkan aku lagi.

Dahulu,di London, setiap kali sebelum Mama menjenguk aku di kolej, pasti dia akan kata kan begitu. Sediakan teman lelaki aku dan champagne. Dahulu, bagi aku itu suatu gurauan antara kita. Tidak sabar selalu menunggu kedatangan Mama. 

Tetapi itu dahulu. Sebelum aku mengenali Islam. Bagaimanakah reaksi Mama setelah melihat aku sebegini? Bertudung walau kemana sahaja. Tidak lagi membasahi lidahku walau dengan setitik air yang haram diminum. Aku risau. Apa yang perlu aku jelaskan pada Mama? Bagaimana pula dengan Daddy?

Tiba-tiba, ada idea menyelit masuk ke dalam otak yang sedang kusut masai.


No comments: