Chp 12


Esoknya aku meminta izin doktor untuk mengizinkan Abang Nazrul pulang.Setelah mendapat kebenaran,aku membawa Abang Nazrul pulang ke rumah teres kami yang sudah lebih dua bulan tidak berpenghuni.Oleh kerana badan Abang Nazrul sungguh lemah,aku memindahkan kamar kami di tingkat satu supaya Abang tidak perlu menaiki tangga setiap hari.


Setiap hari sekarang rutin aku adalah untuk menjaga Abang dari pagi hingga malam.Aku menolongnya untuk mandi dan mengangkatkan wudhu’.Aku menyuapkannya makanan.Rasa penat kadangkala terasa tetapi bagi aku,inilah kebahagiaan.Inilah kepuasan.


Hari demi hari,aku tahu keadaan Abang Nazrul semakin teruk.Badannya semakin lemah.Namun,aku cuba untuk tidak peduli dan hanya fokus dalam menjaganya.Fokus dalam memastikan dia diurus dengan betul dan setiap niatnya ditunaikan.


Selang dua minggu,aku tahu Abang sudah tidak mampu untuk meneruskan perjuangannya.Abang hanya terbaring di atas katil.Aku duduk disebelah Abang dan memegang tangannya erat.


“Qaseh,Abang cintakan Qaseh.Qaseh cintakan Abang?”


“Abang,Qaseh cintakan Abang sejak Qaseh sah menjadi isteri Abang ketika kita bernikah pertama kali dulu.Qaseh cintakan Abang sejak Abang sah menjadi suami Qaseh.Qaseh cintakan Abang sejak syurga Qaseh dibawah telapak kaki Abang,”aku menjawab.


“Qaseh janji untuk mencari kebahagiaan Qaseh sendiri bila Abang sudah tiada?”tanya Abang Nazrul.


“Inilah kebahagiaan Qaseh,Abang.Menjaga Abang dan hidup bersama Abang.Kebahagiaan yang selamanya buat Qaseh.Walau tidak berpuluh tahun,walau tidak berdekad-dekad.Qaseh tetap bahagia,”aku berterus-terang.Linangan airmata sudah mula mengalir ke pipi.Adakah ini sebuah pengakhiran untuk kebahagiaan?


Abang menarik nafas panjang.Nafasnya kini semakin tercungap-cungap.Deras linangan airmata semakin tidak dapat aku tahan lagi.


“Qaseh,selama Abang hidup dengan Qaseh,halalkan makan minum Abang.Kalau Abang sukarkan hidup Qaseh,Abang minta maaf.Qaseh boleh janji dengan Abang sesuatu?”tanya Abang.


“Apa dia Abang?Insyaallah Qaseh akan lakukan selagi dalam kemampuan Qaseh.”


“Terimalah Farhad sebagai suami.Kahwin dengan Farhad.Tolong ya?Inilah wasiat Abang yang terakhir,”kata Abang sambil menggenggam erat tanganku.Aku mengangguk.Kalau itulah yang Abang Nazrul mahukan,maka itulah yang akan aku tunaikan.Aku membelai rambut Abang.Ingin menikmati saat-saat terakhir.


Nafas Abang semakin tercungap.Aku mengajarnya untuk megucap.


“Ash ha du Allah Ila Ha Illallah,Wa ashadu anna Muhammad rasulullah……”aku berbisik ke telinganya.Abang Nazrul mengulangi ucapan itu.


“Abang cintakan Qaseh.”


Selepas itu,genggaman erat Abang Nazrul semakin terlepas dari tanganku.Genggamannya semakin longgar dan selepas itu tidak dapat dirasakan lagi.Airmataku mengalir.Aku tahu dia sudah tiada.Sudah pergi untuk selama-lamanya.Inilah takdir.Aku reda dan aku bersyukur.Reda dengan pemergiannya dan bersyukur kerana masih sempat bersamanya.


Aku menarik nafas panjang.Kemudian menguatkan diri untuk mencapai telefon.Ingin memberitahu Ayah bahawa anaknya telah terlebih dahulu pergi sebelumnya.

No comments: