Chp 13


“Qaseh?”


Aku menoleh.Farhad rupanya.Menyedarkan aku dari lamunanku.Aku mengelap airmata yang jatuh tanpa aku sedari.


“Saya jumpa surat ini di laci tadi.Ada nama Qaseh tertera di sampul surat itu,”kata Farhad sambil menghulurkan surat itu padaku.Aku pun membukanya.


Assalamualaikum Nur Fitrah Qaseh,


Sebaik sahaja Qaseh buka surat ini,kemungkinan besar Abang sudah tiada lagi di bumi Allah ini.Sudah menghadap Nya.Perjuangan Abang sudah tidak dapat diteruskan lagi.


Qaseh,lima tahun lalu masa pertama kali Abang melihat wajah Qaseh,Abang tahu,inilah orangnya.Wanita yang boleh menjaga dan melayani Abang.Wanita yang akan membahagiakan Abang.Usia Qaseh yang pada masa itu baru sembilan belas tahun tidak menjadi penghalang bagi Abang.Malah,Qaseh menunjukkan kedewasaan Qaseh.


Qaseh,Abang memohon kemaafan kerana tidak dapat memberikan Qaseh zuriat.Abang tahu Qaseh tidak pedulikan hal itu,tetapi sebagai seorang lelaki dan seorang suami,Abang rasa bertanggungjawab.Itulah sebabnya Abang ceraikan Qaseh dulu.Abang hendak Qaseh cari kebahagiaan.Abang hendak Qaseh menimang anak Qaseh sendiri.Abang juga tidak mahu Qaseh tahu tentang penyakit Abang dan menyusahkan Qaseh dalam menjaga Abang.Dan Abang tidak pernah menyesali keputusan Abang ketika itu.Akan tetapi,apabila melihat Qaseh sedih melihat keadaan Abang di hospital dulu,Abang kesal.Maafkan Abang Qaseh.


Qaseh masih berhak mencari kebahagiaan.Qaseh,percayalah.Farhad adalah kebahagiaan itu.Abang percaya Farhad.Dia sudah menjadi sahabat Abang sejak zaman tadika lagi.


Qaseh,hari-hari terakhir yang kita luangkan bersama adalah satu kebahagiaan bagi Abang.Rasa seperti diperlukan lagi.Rasa seperti disayangi kembali.Rasa seperti penyakit itu sudah tewas di tangan kita.Namun apakan daya,kebahagiaan semua hanya sementara.


Akhir sekali Qaseh,Abang ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.Maafkan Abang,seorang suami yang tidak sempurna.Maafkan Abang selama kita hidup bersama.Maafkan Abang kerana tidak dapat hadir apabila Qaseh menimang anak nanti.Tentu cantik dan ayu seperti Qaseh,bukan?


Abang cintakan Qaseh.


Wassalam,
Nazrul Wahyd Bin Abdussamad


Aku menangis lagi.Menangis seperti yang selalu aku lakukan akhir-akhir ini.Abang Nazrul tidak akan pernah luput dari ingatanku.Ya,aku akan tunaikan hajatnya untuk aku berkahwin dengan Farhad.Namun,dia akan tetap berada di lubuk hatiku.Tidak akan pernah berjauhan.Aku melihat ke sampul surat dan terdapat sesuatu di dalam.


Sekeping Post-It.Ada sesuatu yang bertulis, “Abang cintakan Qaseh.”


Aku menutup mata sambil menarik nafas panjang.


Qaseh cintakan Abang sejak syurga Qaseh di telapak kaki Abang.

No comments: