Bhg 15


"Apa Ustaz buat disini?"

Mama menolakku ketepi dengan lembut.

"Oh,jadi ini orang yang hasut anak aku! Yang paksa dia bungkus badan dia! Kau ini siapa? Menteri atau Presiden?"

Aku malu dengan cara Mama. Tetapi Ustaz Rahman kelihatan tenang. Melihat raut wajahnya sebegitu,seperti ada rasa lega di hatiku.

"Assalamualaikum,Puan. Nama saya Fadhlurrahman."

Dengan nada teragak-agak,Ustaz Rahman sambung," Saya tunang Aisyah."

Saat itu, mulutku terlopong. Sejak bila pula Ustaz Rahman bersetuju dengan idea aku? Telefon tidak, hantar SMS pun tidak. Fikiranku seperti sedang memproses apa yang sedang berlaku sekarang. Yang aku tahu, Mama terus lemah longlai. Namun, dia mampu memusingkan badannya ke arahku lalu berkata, " Why Diane,why?"

Sejurus selepas itu, Mama terduduk. Muka Mama pucat. Aku tahu sebabnya. Namun aku sekadar diam. Daddy menghampiri Mama dan mengangkat Mama. Dalam keadaan kalut itu, Ustaz Rahman memanggil aku.

"Saya terlambatkah?" tanya Ustaz Rahman.

"Maaf Ustaz. Saya tidak berniat mahu menyusahkan Ustaz. Buat masa sekarang ini, saya tidak tahu jika ini satu idea yang baik."

"Tidak mengapa Aisyah. Saya akan membantu Aisyah mengharungi semua ini. Lagipun…."

Belum sempat Ustaz Rahman menghabiskan kata, jeritan Mama mengisi telingku.

"What is happening to my family?Apa sudah jadi? Kenapa Diane sebegini!"

Aku cepat-cepat menghampiri Mama dan menenangkannya. Sebaik sahaja aku menyentuh kedua bahunya, Mama lantas berdiri. Aku mengeluh. Tentu Mama akan membuat kecoh lagi. Mama meluru ke arah Ustaz Rahman seperti mahu menyerangnya. Mama terus menundingkan jari ke Ustaz Rahman.

"Apa kau dah buat dengan anak aku? Kembalikan anak aku! Kenapa kau bungkus dia dari hujung rambut sampai hujung kaki? Betulkah kau tunang Diane? Diane tidak mungkin pilih lelaki seperti kau! Dan siapa suruh kau memandai tukar nama dia?Jawab!"

Ustaz Rahman tunduk dan memberi senyuman ikhlas kepada Mama. Ustaz Rahman dengan tenang menjawab," Puan, bawa bertenang. Ayuh, kita duduk."

"Aku sedang runsing otak, kau hendak suruh aku duduk?" teriak Mama, namun Mama tetap pergi ke arah kerusi yang terdekat dan duduk.

"Puan, saya tidak buat apa-apa pada anak Puan. Aisyah yang datang jumpa saya dahulu di Darul Arqam. Niat saya hanya untuk membantunya. Dia memeluk Islam atas kehendaknya sendiri. Saya tidak paksa. Tiada seorang pun yang paksa. Tudung yang dipakainya, yang menutup auratnya itu juga kehendaknya,"terang Ustaz Rahman dengan amat jelas. Aku sekadar mengangguk. Memang benar apa yang dikatakan Ustaz. Semuanya di atas kehendak aku.

Kemudian Ustaz Rahman sambung," Tentang saya sebagai tunang Aisyah,adakah Puan tidak percaya akan pilihan Aisyah. Bukankah jodoh itu di tangan Allah. Akhir sekali,siapa nama Puan?"

"Eva Laila Walter," jawab Mama dengan nada penuh megah.

"Maaf Puan, saya bertanyakan tentang nama lahir Puan."

Mama kelihatan tersinggung dan menjawab dengan nada rentan," Iffah Norlaila Binte Amad Daud."

"Jadi Puan, jika Puan boleh menukar nama ke Eva Laila, mengapa Aisyah tidak boleh?"

"Because our circumstances are totally different!" teriak Mama. "Saya tukar nama sebab saya hendak berkahwin dengan bapa Diane! He's making me his wife!"

"Jika saya katakan Aisyah menukar nama kerana hendak berkahwin dengan saya, dah saya hendak menjadikan Aisyah sebagai isteri saya, apa alasan Puan pula? So how is our circumstances different?" tanya Ustaz Rahman. Aku semakin keliru dengan keadaan. Tadi sekadar berlakon sebagai tunang, mengapa tiba-tiba tentang hendak kahwin pula?

Mama menghela nafas panjang. Mama berdiri, berjalan menuju ke arah Daddy yang diam dari tadi. Mama menarik lengan Daddy dan mereka berdua berjalan ke arah pintu.

"If this is the path you chose to take my dear, then you are not my daughter anymore,"kata Mama dengan raut wajah yang jelas kecewa. Dengan itu Mama dan Daddy keluar. Hanya selepas aku tidak lagi dengar buny tapak kasut stiletto Mama, baru aku sedar apa yang dikatakan Mama tadi. Aku menangis. Aku biarkan desiran airmata itu mengalir di pipiku.

"Aisyah, esok kita jumpa di Darul Arqam. Saya minta diri dahulu. Assalamualaikum."

Dan Ustaz Rahman juga pergi. Tinggallah aku seorang diri di dalam rumah yang sebentar tadi seperti medan perang perdebatan. Semakin aku fikirkan apa yang terjadi tadi, semakin teresak-esak aku menangis.

Aku tidak tahu berapa lama aku menangis dan baring termenung ke siling lalu tertidur. Yang aku tahu, apabila aku sedar, kedua mataku sembab.Waktu pula sudah pukul 10 pagi. Terpaksa aku qada' Subuh dan mengambil cuti hari ini. Terlalu lewat untuk ke kerja. Selepas menelefon Fatin, aku bingkas bangun untuk siapkan diri ke Darul Arqam.

7 comments:

duniaBatinku said...

waiting for the next part...
this is a very good story...
keep up the good work...

Anna Nur'ain said...

Singgah, tapi belum sempat baca lagi. InsyAllah, akan saya singgah sekali lagi.

Jannah Binte Johari said...

@duniaBatinku Thank you for the kind comments!

@Anna Nur'ain Kalau ada masa, singgah lagi :D

Lee said...

Cant wait for more! Hehehe hi jannah. Ni liyana agus

Jannah Binte Johari said...

Yes yes!
I know you're Liyana Agus!

Eppy Ismail said...

assalam..blogwalking here..visit my blog,k n jgn lupa follow balik..kalau awak ada psg hjat nak jdi penulis..sy alu2kn untk lawat link ni,http://selutpress.blogspot.com/2011/10/imprin-imprin.html :)

Jannah Binte Johari said...

Wassalam.

Buat masa sekarang ini, menulis secara suka-suka :)
Insyaallah,tengoklah macam mana nanti~