Biodata

Jannah, 19 tahun.

Menetap di kawasan barat Singapura.

Sekarang sedang belajar di Republic Polytechnic dan mengambil jurusan Science iaitu Biotechnology.
Insyaallah, ingin cuba sambung pembelajaran walaupun selepas dapat Diploma nanti.
Kalau tiada rezeki belajar, apa lagi, kerja lah! 

Saya menulis tidak tentu masa. Bila feeling-feeling nak tulis, maka adalah karya yang akan timbul.

Bila saya tulis, saya suka membayangkan atau bahkan melakonkan sendiri idea karya yang tiba-tiba masok otak. Mungkin sebab itu mak saya kata saya ini banyak sangat ber'drama'. Tetapi itulah saya. Tiada drama, tiada Jannah.

Bohonglah kalau saya kata saya ini pendiam. Saya ini kecoh, mulut tak boleh senyap walaupun dah kena sumbat mop. Cuma, saya kecoh-kecoh dengan orang-orang yang saya benar-benar kenal. Banyak orang kata saya gila, tak tahu pula nak percaya atau tidak :P

No comments: