No.4


Hari ini terpaksalah Pak Man tunggu Irdina di sekolah buat sejam dua. Irdina perlu membuat denda yang telah diberi oleh Cikgu Muqri. Selepas waktu sekolah dia, tinggal dia seorang saja di kelas Menengah 5C menunggu kedatangan Cikgu Muqri kerana beliau berpesan untuk tidak mula menulis denda itu selagi beliau belum berada di dalam kelas.
Irdina pun mendagu sehingga Cikgu Muqri masuk ke kelas.

"Baiklah, Irdina. Awak sudah boleh mula. Saya tunggu sampai awak habis. Lambat awak habis, lambat awak balik,"kata Cikgu Muqri Haziq. Irdina mengangguk. Masih malu akan perbuatannnya.

Jam di dinding telah menunjukkan hampir waktu Maghrib. Irdina masih perlu menulis sepuluh ayat apabila Cikgu Muqri menyuruhnya berhenti secara tiba-tiba.

"Sudah Irdina. Saya tahu awak belum habis. Tak apa lah, saya cuma mahu awak sedar kesalahan awak."

"Tapi Cikgu, saya kan dah minta maaf tentang insiden air tu?" soal Irdina.

"Eh, siapa kata tentang insiden air? Saya sedang berbual tentang penggunaan bahasa Inggeris di dalam kelas Bahasa Melayu. Itu saja."

Selepas itu, Cikgu Muqri sambung," Irdina, saya tahu awak pandai. Ambil peperiksaan pun boleh tutup mata. Tapi ini tahun akhir awak kan? Cuba nikmati proses pembelajaran."

"Bosanlah Cikgu nak belajar kalau semua benda saya dah tahu. Lagipun Cikgu Nafisah selalu target saya je!"

"Eh, salah Cikgu Nafisah ke yang awak tak nak belajar?" tanya Cikgu Muqri. Irdina mendengus. Semakin bingit kerana Cikgu Muqri seakan tidak mahu mempersalahkan Cikgu Nafisah.

Kali ini, Irdina seperti tidak mahu rasa bersalah lagi akan insiden tadi. Dia pun menjawab," Memang pun Cikgu. Kalau Cikgu Nafisah tak ajar saya, agaknya Bahasa Melayu saya boleh full mark ah!"

"Tapikan Bahasa Melayu awak memang selalu dapat markah bagus? Cikgu Nafisah kata markah awak selalu antara yang tertinggi di seluruh kohort."

"Memang antara yang tertinggi. Tapi 'antara' je Cikgu. Bukan yang tertinggi. Selalu saya dapat Top 3 je. Dah selalu sangat Top 3 macam bosan je. Kan bagus kalau dapat Top 1 terus?" jawab Irdina dengan nada bosan dan sedikit angkuh.

"Kan bagus kalau awak belajar dan beri perhatian? Baru boleh dapat Top 1!" jawab Cikgu Muqri balik. Irdina semakin rimas. Ada saja jawapan Cikgu Muqri yang dilontarkan kepadanya.

"Alahai Cikgu, kalau saya dapat Top 1, saya belanja Cikgu biskut Oreo satu bakul!"

Cikgu Muqri merenung tepat ke mata Irdina sebelum berkata,"Betul ni?"

Irdina terperanjat dengan jawapan Cikgu Muqri. Untuk tidak memalukan dirinya depan Cikgu Muqri, Irdina dengan semangat mengangguk.

"Betullah Cikgu! Cikgu, saya ni Nuralyah Irdina lah. Janji mesti tepati,kalau tak saya potong kaki!"

"Baiklah, Cikgu nak tengok."

"Eh,nanti dulu Cikgu. Tahun ni kan saya ambil GCE O level," kata Irdina, cuba mengubah fikiran Cikgu Muqri.

"Dan?"

"Konfem susah lah dapat Top 1 ! Cancel ah Oreo sebakul tu!"teriak Irdina sambil menghayun tangannya seperti membuat tanda pangkah.

"Kirakan awak ni kedekut lah? Oreo sebakul pun susah? Awak ni, Irdina, beralasan pula," jawab Cikgu Muqri. Ini membuat Irdina tiba-tiba berdiri. Pantang sekali ada orang melabelkannya sebagai kedekut.

"Baik lah Cikgu, untuk buktikan saya ni tak kedekut dan boleh dapat Top 1 dalam GCE O level, saya terima lamaran Cikgu!"

"Sejak bila saya melamar awak, Irdina?"usik Cikgu Muqri.

Saat itu Irdina rasa seperti mahu naik roket dan terbang ke matahari lalu terbakar. Malu!

No comments: