Bhg 5

Aku bertemu Ustaz Rahman setahun selepas aku berada di Singapura akibat tugasan kerja. Ketika itu umurku sudah lewat 20-an dan bekerja sebagai Penyelidik Eksekutif untuk satu syarikat swasta.Pertama kali aku bertemu Ustaz Rahman adalah semasa aku menemu duga beliau untuk jawatan sebagai Pengurus Makmal.

"Assalamualaikum," sapa Ustaz Rahman.

"Please sit down. I don't have a lot of time,"jawabku, langsung tidak melihat mukanya.Selepas menguruskan beberapa perkara , akhirnya aku mengalihkan perhatian kearahnya lalu terkejut.

"What is that you are wearing?"

Ustaz Rahman kelihatan tidak terkejut dengan pertanyaanku. "This is a songkok, Miss Walter",jawabnya dengan tenang.

"I hope you don't mind because this is really what I am comfortable with. I am a muslim."

Tiba-tiba teringatkan Rafi. Dahulu pun dia pernah juga sebut perkataan 'muslim'. Untuk tidak rasa seperti orang bodoh dan cetek ilmu tentang 'muslim', aku sekadar mengangguk.

"Well,that's unfortunate because I am not comfortable with employees wearing what is not customary for a job. Lose that songkok and I'll consider you for the job."

Aku lihat Ustaz Rahman tersenyum. Aku rasa keliru.

"Puan, saya tahu Puan boleh berbahasa melayu sebab tadi saya terdengar Puan berbahasa melayu. Puan, saya tidak akan sekali-kali melepaskan songkok ini demi kerja walaupun gaji yang ditawarkan itu amat lumayan. Songkok ini, bagi saya, melambangkan saya sebagai seorang muslim. Jika kerana songkok sahaja Puan tidak akan pertimbangkan permohonan kerja saya, saya rasa kecewa tetapi tidak akan rasa kesal. Kecewa kerana tidak dapat jawatan ini. Tetapi tidak kesal dengan keputusan saya untuk tidak melepaskan songkok ini."

Aku terkejut.Apabila aku mahu membuka mulut untuk mengatakan sesuatu, Ustaz Rahman mencelah.

"Saya minta maaf kerana membuang masa Puan. Saya juga minta maaf kerana Puan tidak berpeluang untuk selami Islam. Saya harap dan doa,suatu hari nanti, Allah s.w.t akan buka hati Puan," kata Ustaz Rahman.

Ustaz Rahman lantas bangun dan menuju ke pintu. "Assalamualaikum,"katanya sebelum beredar keluar.

Aku terdiam. Lidah terasa kelu. Tidak pernah aku mengalami sesi temuduga seperti ini. Ditegur oleh orang yang tidak aku kenali. Selepas beberapa minit, tiba-tiba aku bangun dan menuju keluar. Aku menghampiri meja setiausaha aku,Fatin.

"Fatin, siapakah yang saya temuduga tadi?"

Fatin dengan segera mencapai fail didepannya dan menghulurkannya kepadaku. Aku dengan pantas membaca isi kandungan fail itu. Rupanya itulah biodata Ustaz Rahman. Aku meneliti kandungan biodatanya. Namanya Fadhlurrahman Bin Hamid Bashir dan berumur 23 tahun. Tanpa menghabiskan bacaan aku terus mencari nombor telefon Ustaz Rahman ketika itu. Aku suruh Fatin menelefonnya dan menyuruhnya untuk datang ke pejabat aku kembali.

Lima minit kemudian, Fatin memasuki pejabatku.

"Boss, Encik Rahman menolaknya,"kata Fatin dengan nada takut.

"Give me his address."

Fatin mengerutkan keningnya. Aku merenung matanya dengan tajam. Kelam-kabut dia keluar dan datang balik dengan sehelai Post-it. Ada alamat Ustaz Rahman tertera di situ. Aku mencapai beg tangan ku lalu keluar dari pejabatku.

No comments: