No.7


"Irdina, bangunlah,"kata Hayfa dengan suaranya yang lembut, membuatkan Irdina lebih terlentok.

"Hayfa, jangan kacau aku lah. Aku penat ah. Semalam belajar Maths, semangat habiskan satu buku!"

"Yela kau ni. Kalau aku kasi kau sepuluh buku pun kau sanggup habiskan semuanya semalam kan?" tanya Hayfa yang diikuti dengan anggukan dari Irdina. Mata Irdina masih tidak terbuka. Ngantuk sangat akibat berjaga hingga pukul 3 pagi.

"Pergi cuci muka lah. Kuyu saja aku tengok muka kau," perintah Irdina.

"Kau ni, macam mak-mak pulak," jawab Irdina yang lantas bangun selepas itu dan menuju ke pintu dengan menyeret kakinya.

Dengan matanya yang masih lagi setengah terbuka, tiba-tiba Irdina terlanggar seseorang.

"Jalan bukalah mata tu Irdina,"kata orang itu. Suara itu amat dia kenali. Mata Irdina serta-merta terbuka besar bagai seekor burung hantu. Perlahan-lahan Irdina mendongak dan seperti yang dia sudah sangka, Cikgu Muqri berdiri di hadapannya.

"Penat belajar Cikgu. Nak pastikan saya Top 1!" katannya dan selepas itu terus meluru keluar dari kelas.

Sedang dalam perjalanan ke tandas yang kelihatan seperti jauh, perlbagai perkara yang bermain di benak Irdina.

"Dah kenapa dengan aku ni? Tengok muka Cikgu Muqri, jantung macam naik roller coaster.Dah gila agaknya aku ni. Nak lagak depan Cikgu Muqri,"bisik hati Irdina.

Air di paip sinki itu dibiarkan menderas. Irdina selang seli membasuh mukanya. Baju dibiarkan basah seperti orang yang baru berendam di kolam renang. Dia ingin pastikan fikiran tentang Cikgu Muqri cepat-cepat dikeluarkan dari pemikirannya.

"Kamu mandi Irdina?" tanya Cikgu Muqri sebaik sahaja Irdina melangkah masuk ke kelas.

"Mana ada Cikgu. Ada pesta dekat tandas tadi. Orang bunyan main lempar-lempar air dengan saya," perli Irdina.

"Kamu tak bersalaman dengan orang bunyan tu?"usik Cikgu Muqri. Irdina yang menyedari dirinya sedang diusik, ikutkan sahaja.

"Ada Cikgu. Saya cakap salam penuh. Orang bunyan tu kirim salam dekat Cikgu. Nanti dia telefon Cikgu," kata Irdina sambil berjalan menuju ke tempat duduknya. Cikgu Muqri tersenyum.

"Basah betul baju kau Irdina," kata Hayfa sebaik sahaja Irdina duduk di sebelahnya.

"Lepas ni, kita lepak dekat Fig & Olive. Aku belanja kau makan."

Hayfa tahu, setiap kali Irdina mahu membelanjanya makan di tempat yang Hayfa tidak mampu, pasti ada benda sirius yang mahu dibincangkan. Hayfa tertanya-tanya, apa agaknya yang ingin Irdina bincangkan.

"Kita habiskan kerja rumah dulu, baru kita pergi?" tanya Hayfa. Irdina mengangguk. Mukanya jelas menunjukkan expresi yang runsing dan penat.

Selepas waktu persekolahan, Irdina sekadar menunggu Hayfa menghabiskan tugasan rumah. Irdina terlalu penat dan terasa malas untuk membuatnya. Irdina sendiri tidak pasti apa yang membuatkan dia penat sedangkan seharian di sekadar duduk, tidur atau termenung. Sepanjang Hayfa melakukan tugasan rumah itu, Irdina termenung sahaja.Matanya berkeliaran melihat apa sahaja yang berlalu dan bergerak di hadapannya. Burung berterbangan, orang lalu lalang, kipas angin yang berputar laju.

"Sudah habis. Jom Irdina,"kata Hayfa setengah jam kemudian.

Lima belas minit kemudian, mereka berdua sudah sampai di hadapan Restoran Fig & Olive yang berdekatan dengan sekolah mereka. Selepas membuat pesanan untuk makanan mereka, Irdina dan Hayfa saling berpandangan.

"Jadi, apa masalahnya ni?"tanya Hayfa.

"Aku tak tahu macam mana nak mula. Rasa pelik ah seminggu dua ni, Hayfa," jawab Irdina dengan lemah. Hayfa terasa pelik. Walaupun dirundung masalah, jarang sekali Irdina bersuara lemah. Selalunya penuh semangat dia menceritakan masalahnya sehinggakan perkara itu tidak nampak pun seperti suatu masalah.

"Kalau aku cakap kau jangan ketawa, dan jangan kasi apa-apa reaksi pun tau!" sambung Irdina dengan memberi amaran terdahulu. Hayfa mengangguk.

"Seminggu dua ni,jantung aku rasa macam ada tsunami ah. Aku takut macam tiba-tiba meletup!"

"Dan? Apa yang membuatkan jantung kau ada tsunami hari-hari?" tanya Hayfa memulakan sesi 'kounseling'.

"Bukan 'apa'. Tetapi 'siapa'," jawab Irdina.

"Baiklah Puan Nuralyah Irdina Binte Muhammad Faiz, siapa yang buat jantung kau ada tsunami?"

"Jantung aku macam, nak meletup setiap kali nampak Cikgu Muqri. Kenapa eh?" kata Irdina dengan perlahan sambil memandang tepat ke dua biji mata Marissa Hayfa.

Marissa Hayfa tertawa kecil. Lucu dengan 'masalah' yang dihadapi kawannya.

"Kau dah jatuh cinta lah tu."


1 comment:

Nisa said...

Cepat la sambung BACEN! =..=