Bhg 4

Aku pun memulakan cerita.


Dari kecil lagi Mama suka memakaikan aku pakaian feminin. Kalau tidak mini skirt , pasti mini short. Ketika umurku 14 tahun, Mama telah membuat keputusan mendadak untuk berhijrah ke London. Kata Mama, Daddy dihantar bekerja ke sana. Sebelum berangkat, Mama tidak menziarahi nenek mahupun menelefonnya. Walaupun aku rasa nenek membenci aku, namun aku rasa perlu untuk menjenguk nenek sebelum kami berhijrah ke London.


4 tahun sejak behijrah ke London, aku berubah. Tidak lagi rasa malu apabila memakai pakai ketat. Jarang sekali memakai seluar jeans yang panjangnya melebihi lutut. Rasa rimas. Mama dan Daddy pula, hampir setiap malam akan keluar dan pulang dalam keadaan mabuk. Bagi kami, sudah seperti kebiasaan. Hari jadi aku yang ke-18, Mama hadiahkan sebotol wain yang mahal. Masih ingat di ingatanku nama wain itu, Cabernet Sauvignon. Mama ucapkan tahniah kerana telah menjadi seorang dewasa. Daddy pula menghadiahkan sebuah unit di kondominium mewah. Ketika itu rasa seperti sudah dapat satu kebebasan baru. Rasa seperti aku hidup dengan keluarga yang sempurna dan berkemampuan.


Sejak itulah, semakin teruk keadaanku. Di rumahku, sehari tanpa parti, rasa seperti tiada tujuan hidup. Aku berdansa dengan dikelilingi lelaki. Berdansa mengikut rentak lagu. Jika tidak parti di rumah, aku parti di kelab malam yang popular. Selalu dapat masuk percuma kerana selalu juga aku goda bouncer kelab malam itu dengan pakaian ku yang menjolok mata.


Ketika di universiti tahun ketiga, aku bertemu seorang lelaki bernama Rafi. Dia menjadi lab partner aku untuk pelajaran Kimia. Rafi dari Malaysia. Dia lain dari rakan lelaki aku yang lain. Ada sekali ketika di makmal, aku memegang bahunya, di tersentak dan membuatkan aku terkejut dengan reaksinya. Keluar dari mulutnya kata-kata yang biasa aku dengar di rumah nenek sahaja.


"Astarghfirullahalazim."


Kemudian Rafi berkata,"I'm sorry but I am a Muslim. I would appreciate if you keep your distance between you and me.Thank you."


Aku terdiam. Tiba-tiba rasa malu menyelubungi diriku. Selepas itu pula, ada rasa ingin tahu. Aku tahu dia berbangsa melayu, jadi aku berbual dalam bahasa melayu.


"Maafkan saya. Saya pernah dengar perkataan 'muslim'. What are they actually?"


"Seseorang yang beragama Islam adalah seorang muslim. Sama seperti mereka yang beragama Kristian adalah seorang Kristian,"jawab Rafi dengan tenang.


Aku tergamam. Aku tertanya diriku. Apa agama aku? Bukan seorang muslim dan bukan seorang Kristian. Tidak pernah ke masjid, tidak pernah pula ke gereja.


"Jadi, dari situlah Aisyah mula mengetahui tentang Islam?"tanya Puan Zawiyah secara tetiba lantas menghentikan arus ceritaku.


"Tidak Puan. Selepas insiden itu, saya tidak memikirkan sangat apa yang Rafi katakan. Saya jalani hidup seperti biasa ."


Puan Zawiyah kemudian tanya dengan penuh minat tentang apakah yang membuatkan aku berubah hati dan ingin mengetahui tentang Islam. Aku tersenyum dan tersipu malu.


"Ustaz Rahman."


Puan Zawiyah mengalihkan perhatian ke pintu. Kemudian keningnya berkerut.


"Mana ada Ustaz Rahman di sini, Aisyah?".Aku menahan ketawa.


"Maksud saya, Ustaz Rahman yang membuatkan saya terbuka hati untuk menerima Islam."


No comments: