Akhir


"Zaujati,  tolong berikan mangkuk plastik itu."

Aku menoleh. Terlalu taksub bermain dengan Ilman sehinggakan tidak sedar suamiku memanggilku.

"Maaflah Zauji. Ana sibuk sangat bermain dengan Ilman tadi. Tidak sedar Zauji panggil," jawabku lalu memberikan suamiku apa yang dia perlukan.

Zauji bermakna suami saya dalam bahasa arab. Aku memutuskan untuk memanggil Fadhlurrahman Bin Hamid Bashir dengan panggilan itu. Itupun setelah tiga bulan bergelar isterinya. Sebelum itu, aku masih memanggilnya Ustaz.Dia pula memanggil aku Zaujati yang bermakna isteri saya. Ana pula bererti saya. 

6 tahun telah berlalu sejak perkahwinan aku. Setahun kemudian, lahirlah Qaish Ilman Bin Fadhlurrahman. Ummi menangis ketika mendukung Ilman buat pertama kali. Katanya, aku telah berjaya menyempurnakan kehidupan keluarganya. Bagiku pula, Qaish Ilman berjaya menyempurnakan kehidupan kami suami isteri. Zauji tidak pernah memaksa aku untuk memberinya zuriat secepat mungkin. Namun, Allah yang memberi kami rezeki dan aku sekadar bersyukur.

"Ibu, Ilman nak makan kek!" 

Aku menghampiri Ilman yang ku tinggalkan sebentar tadi lalu mendukungnya.

"Ilman, sabar itu separuh dari iman. Kan Abah sudah ajar dulu? Abah sedang potong kek lah. Nanti Abah sudah potong, kita makan kek sama-sama," kataku, cuba menenangkan anak tunggalku ini.Ramai kenalan mengatakan mukanya seiras Zauji. 

"Zaujati, ambil kek ini dan suapkan Ilman."

Aku mengambil kek itu dari Zauji dan mula memotongnya lagi kecil lagi. Sambil memotong, aku menoleh ke arah Ummi dan berkata," Ummi, hari ini kami sekeluarga tidur di rumah Ummi boleh? Sudah lama kita berdua tidak berborak hingga ke tengah malam."

"Eh, Aisyah. Rumah Ummi macam Mustafa Centre. Buka 24 jam. Datanglah."

"Oh, kamu berdua berborak malam-malam, siapa tidur dengan saya kalau begitu Ummi?" sampuk Zauji.

"Eh, Ilman kan ada. Biarlah buat satu malam Ummi kidnap isteri kamu ini. Sudahlah rumah baru kamu berdua jauh dari rumah Ummi!"

"Ummi, kalau Ummi mahu datang rumah kami, telefonlah. Nanti Aisyah boleh ambil Ummi. Aisyah bukannnya kerja lagi sekarang," kataku, cuba memujuk Ummi. Sejak melahirkan Ilman, aku tidak lagi bekerja. Segala urusan kerja aku serahkan pada Zauji. Memang dia enggan pada mulanya. Katanya, ia seakan merampas segala kerja keras dan titik peluhku. Aku memujuk Zauji. Alasanku mudah, aku mahu jadi isteri dan ibu solehah. Maka sejak itulah Zauji yang uruskan segalanya.

"Alahai, Zaujati, sejak umur 40 tahun, semakin rajin pula. Siap mahu ambil Ummi!"usik Zauji. Selepas itu dia menanam sebuah kucupan di dahiku. Aku tersipu dan membalas dengan memberi sebuah kucupan juga di dahinya. Dia mengambil kek yang sepatutnya aku suapkan kepada Ilman dariku.

Aku gembira. Hari jadiku disambut bersama orang-orang yang amat penting dalam hidupku. Cuma ada Ummi, Zauji dan Ilman. Aku tidak meminta lebih. 

Tiba-tiba terdengar Ilman memekik namaku.

"Ibu! Tengoklah Abah! Abah naughty! Abah makan kek Ilman. Abah is so selfish," rengek Ilman.

"Zauji, sudah-sudahlah sakat Ilman.Nanti tidak tidur malam pula budak ini," kataku kepada Zauji. Zauji membuatkan muka masam yang serta-merta membuatkan aku ketawa. Geli hatiku melihat karena mereka.

"Ibu, scold Abah now!"

Pandai anakku ini berceloteh dalam  bahasa Inggeris. Memang aku membiasakan dia dengan perbualan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sama seperti aku ketika kecil dahulu. Walaupun selalu berbual bahasa Inggeris, Mama akan pastikan aku juga tahu berbahasa Melayu.

Teringat Mama dan Daddy. Sebelum bernikah dahulu, setiap hari tanpa gagal, aku akan menelefon Mama. Aku tidak tahu dimana mereka berada sekarang. Nombor yang aku telefon pula nombor mereka ketika di London.  Aku cuba menghantar emel. Setiap hari aku akan menghantar emel kepada kedua-dua Mama dan Daddy  walaupun selepas menjadi seorang isteri. Berbulan-bulan aku cuba. Akhirnya Zauji kata, kalau jodoh tidak akan kemana. Suatu hari, pasti Mama dan Daddy akan kembali. Itulah yang aku harapkan sangat. Walaupun Mama dan Daddy sukar menerimaku dan mungkin tidak mahu berjumpa denganku, namun aku tetap merindui mereka berdua.

Impian aku cuma satu. Aku mahu mengambil gambar potret bersama Zauji, Ilman, Ummi, Mama dan Daddy. Insyaallah.

Dan sekarang hingga entah sampai bila aku akan terus tulus merindui dan tanpa lelah menunggu kehadiran Mama dan Daddy.


2 comments:

Hua Xiao Jie said...

=____= cepatnye dah habis. PART 2 PART 2!!! XD

suha fasihah said...

dah ending???
cptnye...
ok, xpe...
best jgk ending dye...