Chp 10


“Farhad,apa kita buat di hospital ini?Siapa yang sakit?”aku bertanya.


“Nazrul,”jawabnya.Mendengar nama itu sudah buat aku sedikit mengeletar.Abang Nazrul sakit apa?Sejak bila?Kenapa aku tidak diberitahu?Oh,aku bukan isterinya lagi.Sepanjang perjalanan ke lif dan ke bilik Abang Nazrul aku tertanya-tanya.Pelbagai soalan perlu dijawab.


Farhad membawaku hingga kami berdua sampai ke bilik yang bernombor  31A2W.Aku membuka pintu dengan perlahan dan penuh debaran.Terasa hati ini retak sedikit apabila yang ku lihat baring di atas katil  dengan dikelilingi banyak peralatan,adalah Abang Nazrul.Tanpa membuang masa,aku mempercepatkan gerak kaki ku dan berdiri disebelah katilnya.


“Assalamualaikum,Abang,”aku memberi salam buat pertama kalinya sejak lebih dua bulan.Abang Nazrul kelihatan pucat dan cengkung wajahnya.


“Waalaikumusalam.Qaseh apa khabar?Sihat?Apa pendapat Qaseh tentang Farhad?”tanya Abang Nazrul.


“Pendapat?Apa maksud Abang?”aku bertanya.Abang Nazrul sekadar menganggukkan kepalanya sahaja.


Sambil menarik nafas,“Inilah kebahagiaan yang Abang maksudkan,Qaseh.Pengganti untuk diri Abang,hamba Allah yang tidak lama lagi di bumiNya ini.”


“Apa maksud Abang?Apa yang tidak lama lagi?”aku bertanya.Sebelum Abang Nazrul dapat menjawab,Farhad mencela.


“Qaseh,saya harap Qaseh tidak terkejut dan kecewa.Qaseh,sebenarnya Nazrul sakit,”jelas Farhad.Abang Nazrul hanya memandang aku dengan raut wajah yang sedih.


“Empat bulan lalu,doktor mengesahkan ada ketumbuhan di bahagian kepalanya.Waktu itu masih belum terlambat untuk Nazrul pergi pembedahan.Namun,oleh kerana kesempitan wang dan malu untuk meminta dari Qaseh mahupun ibubapa Qaseh,Nazrul hanya berdiam diri dan membiarkan tumbuhan itu terus membesar di kepalanya,”sambung Farhad lagi.


“Abang tidak mahu lihat Qaseh susah dan merana kerana terpaksa menjaga Abang,”kata Abang Nazrul.


“Apa?Dan Abang fikir menceraikan Qaseh dan tidak memberitahu Qaseh hal ini tidak buat Qaseh susah dan merana?”aku bertanya.


“Mengapa sekarang baru Qaseh diberitahu?Tidakkah Qaseh berhak mengetahui keadaan Abang?Apa guna Qaseh jadi isteri Abang?Kenapa dari dulu Abang tidak minta tolong Qaseh?”bertubi-tubi soalan aku tanya Abang Nazrul.Airmata sudah mengalir di pipi.Rasa kecewa dan hampa kerana seperti diketepikan.Rasa bersalah kerana tidak dapat memberi pertolongan pada saat-saat begini.


“Qaseh,Abang hidup dengan Qaseh empat tahun.Dan empat tahun itulah saat yang paling bahagia untuk Abang.Qaseh tidak patut cakap Qaseh seorang isteri tidak berguna.Pengorbanan yang Qaseh lakukan tidak dapat Abang balas,”kata Abang Nazrul sambil terbatuk-batuk.


“Pengorbanan apa Abang?”aku bertanya.Rasa hairan kerana selama ini aku sendiri tidak pasti pengorbanan apa yang aku lakukan untuk Abang Nazrul.Namun,Abang hanya tersenyum.


“Abang,izinkan Qaseh melakukan tanggungjawab Qaseh sebagai isteri Abang walaupun Qaseh bukan lagi isteri Abang.Beri Qaseh peluang untuk menjaga Abang,”aku berkata.Kemudian aku menoleh ke arah Farhad dan mengisyaratkannya untuk ikut aku keluar bilik sebentar.


“Farhad.Tolong saya Farhad.Inilah peluang terakhir saya.Saya hendak menjaga Abang Nazrul.Saya masih cintakan dia dan saya rasa bertanggungjawab,”aku berterus-terang dengan Farhad.Airmata mengalir lagi.Setiap saat semakin deras.Farhad mengangguk.Aku berharap dia faham akan niatku ini.Kemudian kami berdua masuk kembali ke bilik tersebut.


“Abang,mari kita kahwin.Saya janji akan jaga Abang.”

No comments: