Chp 3


Suatu hari,tiga bulan selepas kejadian itu,Abang Nazrul keluar rumah tanpa memberitahuku tujuannya.Aku tidak mengesyaki apa-apa.Aku tahu,pasti ada tujuan baik dan sesuatu yang penting.
Petang itu juga Abang Nazrul pulang.Pulang dengan muka muram.Apabila melihat aku tercegat di depan pintu,Abang Nazrul cuba menguntumkan senyuman.Aku hairan.Pasti ada sesuatu yang terjadi.


“Kenapa Abang?Qaseh lihat muka Abang muram sungguh bila pulang tadi,”tanya aku sambil menghidangkan kopi di atas meja.Abang Nazrul hanya mengangguk dan menghirup kopi itu.Kemudian dia bingkas bangun dan terus ke bilik.Semakin bingung aku akan tingkah laku Abang Nazrul sebentar tadi.Abang Nazrul jarang berperangai sebegini.Mesti ada sesuatu terjadi yang mungkin melukai hatinya.
Malam itu selepas solat maghrib berjemaah,aku memberanikan diri untuk bertanya Abang Nazrul tentang hal tadi.


“Abang,ceritakan pada Qaseh sedikit.Abang dalam masalah ya?Qaseh boleh bantu,”aku bertanya.


Sambil menghela nafas panjang dia menjawab,”Qaseh sayang Abang?Sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk Abang?Sanggup berkorban untuk Abang?”


Satu demi satu soalan yang dilontarkan suamiku itu mengejutkan aku.Adakah layanan aku selama ini mengecewakannya?


“Abang,Qaseh sayang Abang.Abang adalah cinta sejati Qaseh.Abang yang pertama dan yang terakhir.Qaseh sanggup berkorban apa sahaja untuk Abang selagi Qaseh mampu.Kenapa Abang?Abang ragu tentang cinta dan kasih sayang Qaseh terhadap Abang?”aku bertanya penuh keraguan kali ini.


“Tidak Qaseh.Kerana tulus cinta dan kasih sayang Qaseh terhadap Abang yang membuatkan Abang pasti dan percaya Qaseh dapat lakukan satu perkara yang Abang mohon Qaseh dapat lakukan.”
Lega aku mendengar kepastian dari suami yang aku cintai.Hilang sedikit kekusutan yang ada di benak pikiran ini.”Apa yang Abang nak Qaseh lakukan?”aku bertanya.


“Kahwin lain.”

No comments: