Chp 9


Pagi itu tidak seperti  pagi-pagi yang biasa.Selepas Subuh,terus aku siap untuk bertemu Farhad.Abah akan temankan.Sebelum itu kami bersarapan sekeluarga.Aku tidak tenang.Bukan kerana akan bertemu dengan Farhad nanti,tetapi apabila memperkenalkan Farhad sebagai bakal suamiku kepada Abang Nazrul esok.


Selepas sarapan,tepat jam 9 pagi,kami keluar rumah untuk bertemu Farhad.Abah kata Farhad menunggu aku di Darul Arqam.Sampai sahaja di sana,Abah terus meninggalkan aku tanpa berkata apa-apa.Aku panik.Saat itu juga aku menoleh ke belakang dan melihat ada jejaka yang tinggi sedang tercegat di hadapanku.


“Assalamualaikum.Nama saya Farhad.Awak?”lelaki itu bertanya.Aku gagap.


“Waalaikumussalam.Nama saya Nur Fitrah Qaseh.Panggil sahaja Qaseh,”aku menjawab sambil menguntumkan sedikit senyuman dan mengangguk sedikit.


Selepas itu Farhad mengajak aku ke kafe berdekatan untuk kita berborak dan mengenali hati budi masing-masing.


Selang satu jam berbual dan bertukar-tukar pendapat,aku berasa senang.Sekurang-kurangnya bakal suamiku ini seorang yang berpendidikan dan berwawasan.Aku dapat tahu Farhad teringin membuka satu kedai yang menjual pelbagai buku-buku agama.Dia juga berhasrat membuka kelas agama dan mengajar secara percuma.Dia percaya ilmu itu tidak perlu dibayar untuk kita memperolehinya.


Aku melihat ke jam tangan aku dan jam sudah menunjukkan waktu zohor.


“Farhad,saya minta izin dahulu ya.Saya perlu pulang.Esok kita jumpa?Temankan saya berjumpa dengan Abang Nazrul,kawan Farhad,”aku berkata.


“Baiklah.Assalamualaikum,”jawabnya sambil mengangguk.


“Waalaikumussalam.”


Esok hari sebelum pukul sebelas pagi aku sudah siap.Entah mengapa rasa teruja dapat bertemu dengan Abang Nazrul.Mungkin bibit-bibit cinta itu masih ada.Tiba-tiba telefon bimbitku berdering.


“Assalamualaikum,Qaseh.”


Aku  mengecam suara itu adalah suara Farhad.


“Waalaikumussalam Farhad.Ada apa awak telefon pagi-pagi?Bukankah kita akan jumpa sebentar lagi?”aku bertanya kerana sedikit musykil.


“Ya,maafkan saya kerana menganggu.Tetapi tadi Nazrul menelefon saya dan menyuruh kita berjumpa dengannya di satu tempat ini.Dia tidak benarkan saya beritahu kamu dahulu,”terangnya.Aku hairan.


“Abang Nazrul tahu tentang kita berdua?”aku bertanya.Namun,Farhad sekadar memberi salam dan setelah aku menjawabnya,dia memutuskan talian.Terus terang aku tidak kisah di mana dapat aku berjumpa dengan Abang Nazrul.Asalkan dapat berjumpa dan melihat mukanya.Jadi aku tidak terlalau memikirkan tentang hal itu.


Lima minit kemudian,Farhad datang untuk mejemputku dan selepas bersalaman dengan ibubapaku,aku pun memasuki keretanya.Pelik,kerana sepanjang perjalanan keadaan di dalam kereta sunyi sepi walaupun sudah bertemu dan berinteraksi semalam.


“Kita hendak ke mana,Farhad?”aku bertanya dan memecahkan kesunyian.Farhad sekadar menggeleng dan tidak mahu memberitahuku.


Arah perjalanan tidak memberiku sebarang petanda akan destinasi unutk bertemu dengan Abang Nazrul.Oleh kerana tidak ada sebarang perbualan,aku pun terlena.


“Qaseh?Qaseh?Nur Fitrah Qaseh?”


Aku dengar seseorang memanggilku.Apabila aku buka mata,rupanya Farhad.Mengejutkanku dari lenaku.Sudah sampai rupanya.Aku menoleh ke arah tingkap kereta dan melihat bangunan tinggi.Aku terkejut.


“Hospital?”

No comments: