Bhg 9


"Jadi,apa yang buat Aisyah yakin akan keputusan untuk memasuki Islam? Tidak minta nasihat atau pendapat sesiapa?"

"Suatu hari,saya berjumpa dengan Ustaz Rahman. Saya bertanya samada saya sudah terlambat atau tidak untuk memasuki Islam dan adakah Allah s.w.t. akan memaafkan saya."aku berterus terang.Puan Zawiyah seperti sudah boleh mengagak apa yang jawapan Ustaz Rahman.

"Ustaz Rahman berkata orang yang baru memasuki Islam itu,insyaallah,  Allah s.w.t. akan hapuskan dosa-dosa sebelumnya dan dia seperti bayi yang baru dilahirkan. Saya rasa lega mendengar jawapan itu. Itu yang membuatkan saya pasti Islam yang saya cari selama ini."kataku sambil tersenyum bangga.

"Bagaimana Aisyah menyampaikan hajat Aisyah kepada Ustaz Rahman?"

"Suatu hari seperti biasa,selepas menanya Ustaz perkara seperti muhrim,aurat dan sebagainya,saya meminta Ustaz untuk mengajar saya solat."Puan Zawiyah tersenyum lebar.

"Aisyah sememangnya rapat dengan Ustaz? Selalunya bab solat yang perempuan pasti tanya seorang Ustazah."pintas Puan Zawiyah.

"Tidaklah. Cuma ketika itu,hanya Ustaz Rahman yang saya kenal. Selepas itu barulah Ustaz Rahman perkenalkan saya dengan seorang Ustazah. Tiga bulan selepas itu, barulah saya benar-benar bersedia untuk memeluk agama Islam ini. Saya tidak pernah kesal dan tidak akan pernah kesal."

Tergerak hatiku untuk melihat jam tangan. Sudah hampir waktu solat Zohor rupanya.Aku menghirup kopi yang tidak sepanas tadi dan kemudian meminta izin untuk mengundurkan diri.

"Aisyah, banyak lagi yang saya ingin tahu."

"Cukuplah sampai sini Puan Zawiyah. Ramai lagi mualaf yang mungkin mempunyai kisah lebih menarik dari saya." jawabku.

 Selepas memberi salam,aku keluar dari pejabat Puan Zawiyah dan menuju ke arah tempat mengambil wudhu' untuk wanita.Sedang aku mengambil wudhu', azan berkumandang. Kenal benar aku dengan suara itu. Itu suara Ustaz Rahman.Aku membetulkan tudung di hadapan cermin. Baru sedar yang aku sedang tersenyum dari tadi. Tersenyum hanya kerana mendengar Ustaz Rahman azan? Aku bawa mengucap.

Aku melangkah keluar daru tempat mengambil wudhu' dan menuju ke ruang solat wanita di aras dua. Seperti biasa,aku rasa teruja untuk menunaikan solat. Masa untuk berbicara dengan Allah s.w.t.. Aku percepatkan langkah apabila menyedari ramai yang sudah habis solat sunat. Rasa sedikit kesal tidak dapat tunaikan solat sunat.

Selesai solat jemaah, aku sengaja melambatkan lipatan telekong aku. Aku menunggu hingga semua jemaah wanita sudah turun baru aku perlahan-lahan beridir untuk meletakkan telekong. Aku sengaja buat demikian supaya dapat bertembung dengan Ustaz Rahman kerana ingin menanyakan kemusykilan agama.

Aku menuruni anak tangga dengan perlahan. Selangkah demi selangkah. Apabila mendengar suara Ustaz Rahman  dari jauh baru aku percepatkan langkah supaya tidak terlepas dari jumpa Ustaz Rahman. Semakin aku mempercepatkan langkah, semakin geligat benak fikiranku mengaturkan soalan tentang kemusykilan itu.

"Assalamualaikum Ustaz."

Ustaz Rahman menoleh dan seperti tidak terkejut melihat aku tercegat di hadapannya. Selepas menjawab salamku,Ustaz Rahman bertanya,"Ada apa Aisyah?"

Aku terdiam. Jarak antara tempat aku berdiri dan tempat Ustaz Rahman berdiri agak dekat sekali. Aku merenung anak mata Ustaz Rahman. Tiba-tiba jantungku berdegup pantas . Baru aku sedar aku tidak pernah melihat dan meneliti wajah Ustaz Rahman dari jarak yang sebegini dekat. Wajahnya nampak tenang dan bersinar. Nampak kemas. Mataku tidak terkelip. Degupan jantung semakin kencang.

"Astarfirullahalazim,"aku beristirghfar. Aku sekadar menundukkan pandanganku dan lantas beredar dari situ. Tidak sempat hendak bertanya pun.


Aku melangkah keluar dan lekas menahan teksi.

No comments: