No.5


Dua minggu sudah berlalu semenjak taruhan antara Irdina dan Cikgu Muqri. Setiap kali kelas Bahasa Melayu pasti Cikgu Muqri akan tersenyum kepada Irdina dan mengusik," Tak sabar nak dapat Oreo sebakul!"

"Ala Cikgu macam konfiden je. Konfem saya boleh dapat Top 1!"

"Buktikan saya. Saya tak nampak awak belajar pun. Bermakna takkan dapat Top 1 lah," jawab Cikgu Muqri sambil tersenyum sinis. Irdina menggumam sendirian.

"Tunggu je. Nanti Cikgu malu sendiri!"

Ya, seluruh kelas sudah maklum akan taruhan antara Cikgu Muqri dan Irdina. Ramai yang menyebelahi Irdina dan ramai juga yang pasti Irdina tidak akan kecapi tempat pertama. Ada yang cuba memotivasikan Irdina untuk Irdina. Bagi Irdina, tidak perlulah motivasi ini semua. Taruhan itu sudah cukup untuk membuatnya belajar dan pastikan dia tidak serahkan Oreo sebakul itu pada Cikgu Muqri Haziq.

Setiap hari sejak dua minggu lalu juga, Irdina akan pulang dan terus terperap di dalam kamarnya. Kadangkala, pembantu rumah menyuruhnya makan, irdina akan langsung menolaknya. Sehingga malam, barulah Irdina keluar dan selalunya makan sekeping roti dan kemudian tidur.

"Rajin anak Mama belajar," kata Puan Sri sambil mengusap rambut Irdina suatu hari. Puan Sri semakin risau kerana sudah 3 minggu sekarang Irdina jarang untuk keluar makan bersamanya. Puan Sri tidak pernah memberi tekanan atau memaksa Irdina untuk belajar ataupun memastikan dia mempunyai keputusan cemerlang. Yang dia mahu,  hanyalah kebahagiaan Irdina.

"Mestilah kena belajar Mama. Irdina dah aim nak dapat Top 1!"

"Kalau tak kenapa pula? Please don't kill yourself sayang!," kata Puan Sri. Dia sengaja mengusik anak tunggalnya itu. Dia tahu Irdina tidak akan mengambil kata-katanya secara sirius.

"Kalau tak, Mama kena kasi Irdina duit pasal Irdina nak kena beli Oreo!"

Puan Sri mengerut keningnya," Hah? Ape kena mengena Oreo dengan Top 1 pulak?"

Irdina tersenyum sendiri tiba-tiba.  Dia pasti akan menang taruhan ini. Dia akan buktikan pada Cikgu Muqri bahawa dia bukan penakut, pengecut, kedekut dan segala yang sewaktu dengannya.

4 minggu sejak bermulanya taruhan antara Cikgu Muqri dan Irdina, yang mungkin sekarang satu sekolah sudah maklum, Marissa Hayfa sudah menyedari perubahan di dalam diri Nuralyah Irdina. Hayfa gembira kerana ia suatu perubahan yang baik. Sekarang tidak perlu lagi Hayfa setiap hari mengomel kepada Irdina untuk belajar.

"Wah, sekarang aku tak payah nak jadi mak nenek lagi dah. Tak perlu mengomel hari-hari suruh kau belajar,"kata Hayfa di kantin sekolah suatu hari.

"Yelah tu. Kau tak mengomel pun masih macam mak nenek. Muka pun macam mak nenek zaman purba!"usik Irdina.

Marissa Hayfa sekadar tersenyum. Ada juga masa Irdina untuk masih bergurau, bisik hati Hayfa.

"Aku rasa aku nak minta tolong Cikgu Muqri ajar Maths lah. Aku bukan macam kau, pandai tahap Einstein!" kata Hayfa tiba-tiba.

"Eh, kau da apahal? Tiba-tiba Cikgu Muqri pula?Kan aku boleh ajar?"

"Ya lah. Dia baik.  Tak garang dan penyabar melayan otak lembab macam aku. Kau pulak, tanya sikit je, nak mengamuk.Aku macam selesa bila dia ajar aku Maths masa tu lagipun. Tiba-tiba semua benda aku faham."

Irdina berfikir sejenak. Dia fikir bahawa dia patut mengambil peluang ini juga. Lantas Irdina menjawab," Kalau macam tu, aku nak ikut lah. Nak tengok kehebatan Cikgu Muqri ajar kau."

Hayfa senyum. Dia sudah mengagak ituah jawapan yang akan diberikan rakan karibnya itu.

Esok harinya, selepas waktu sekolah, Hayfa ke kantin bersama Irdina untuk menunggu kedatangan Cikgu Muqri. Irdina sudah menelefon Pak Man bahawa dia akan pulang lambat dan akan balik sekolah menaiki teksi nanti.

"Hayfa, kenapa tunggu kat kantin pula?"

"Eh, kau ni. Dah Cikgu Muqri suruh tunggu kat kantin, takkan nak tunggu di dalam tandas perempuan pulak?" perli Hayfa. Irdina mendengus.

"Kurang asam punya kawan."

Lima minit kemudian mereka sudah nampak kelibat Cikgu Muqri menghampiri mereka.

"Irdina, kamu pun ada di sini? Alhamdulillah, semakin tekun kamu belajar sekarang," kata Cikgu Muqri.

"Apa pulak? Saya datang sesaja nak tengok kehebatan Cikgu," jawab Irdina sambil meninggikan hidung lagak orang yang sombong.

"Lagipun, saya nak pastikan bestfriend saya ni tak apa-apa. Betul tak Hayfa?" sambung Irdina sambil merapatkan jurang antara dia dan Hayfa. Hayfa sekadar menggeleng kepala. Tahu benar keegoan kawannya yang satu ini.

Selepas itu mereka bertiga menghampiri tempat duduk untuk memulakan pembelajaran mereka. Cikgu Muqri tekun dan sabar mengajar Hayfa kerana dia tahu Hayfa mempunyai kesukaran memahami Ilmu Hisab. Irdina pula, asyik merenung Cikgu Muqri sepanjang beliau sedang mengajar Hayfa. Semakin Irdina renung, semakin pelik pula jantungnya berdegup.

"Ish!" teriak Irdina tiba-tiba sambil menepuk-nepuk dadanya.

"Kamu sudah kenapa Irdina?" tanya Cikgu Muqri. Hayfa sekadar menaikkan sebelah keningnya. Seperti sudah terbiasa dengan kelakuan Irdina.

"Tak apa-apa Cikgu. Tiba-tiba mood gila saya datang," jawab Irdina. Cikgu Muqri ketawa lalu kembali mengajar Hayfa.

Dan selepas itu juga, Irdina kembali merenung muka Cikgu Muqri.



No comments: