Chp 4


Tersentak jantungku dibuatnya.Kata-kata Abang Narul sebentar tadi bagai tidak boleh dipercayai itu adalah kata-kata yang keluar dari mulutnya.Baru aku dapat mengagak Abang Nazrul pergi ke mana tadi.Pasti Abang Nazrul bertemu dengan Abah.Sudah pasti Abah telah memberitahu Abang Nazrul tentang hasratnya.


“Abang!Apa yang Abang berbual ini?Abang sedar tidak?Ini mesti Abang pergi jumpa Abah tadi kan!Tidak perlu lah Abang dengar kata-kata Abah.Ini rumahtangga kami.Biar kami berdua yang uruskan,Abang,”aku bertegas.Suaraku semakin tinggi.


“Abang rasa apa yang Abah cakap itu ada betulnya.Abang kan mandul.Tidak mungkin dapat memberikan Qaseh zuriat dan memberikan Abah cucu.”


“Abang!Sudah kenapa dengan Abang ini?Itu semua kan kehendak Allah.Kenapa perlu dengar cakap Abah?Sudah,Qaseh tidak mahu dengar benda-benda sebegini keluar dari mulut Abang lagi,”aku bertegas tetapi dengan nada lembut.


Abang Nazrul sekadar mengangguk.


Sejak perbincangan itu,kami tidak lagi berbual tentang hal itu.Malahan aku rasa dia sudah lupa sepenuhnya akan hal itu.Perbincangan yang kami adakan hanyalah tentang pengambilan dan proses mengambil anak angkat.Kami sudah sepakat untuk mengambil anak angkat perempuan.Apabila aku memberitahu Abah tentang rencana kami,Abah setakat menjawab,”Degil benar kamu ini,Qaseh.”


Lagi dua minggu,masuklah kami ke alam perkahwinan buat tahun keempat.Lagi dua minggu lagi juga,akan ada insan baru dalam keluarga ini yang bakal menjadi sinar keceriaan aku dan Abang Nazrul.Rumah sudah aku persiapkan untuk menerima kehadiran bayi yang berusia dua bulan itu.


Alhamdulillah,dapat juga aku menimang anak.


Suatu hari,seminggu sebelum ulangtahun perkahwinan kami yang keempat,aku bangun dari tidur dan melihat ada Post-It yang terlekat di cermin.


‘Selamat pagi sayang.Jangan lupa baca surat atas meja makan’


Itulah yang tertulis di Post-It itu.


Aku bergegas ke ruang makan dan melihat ada sampul surat lalu buka untuk membacanya.


Plaintif:Nazrul Wahyd Bin Abdussamad
Defendan:Nur Fitrah Qaseh Binti Al-Farihin


Salam dengan hormat,
Pihak Defendan dikehendaki menghadiri sesi perbicaraan di mahkamah untuk mendengar dan membincangkan tuntutan cerai oleh pihak Plaintif.Berikut adalah perkara penting yang perlu dibaca.


Tarikh:13 April 2011
Bilik:A2Q8
Tingkat:8
Dokumen:Kad pengenalan dan sijil pernikahan


Harap maklum,
Mahkamah Syariah

No comments: