Chp 11

Abang Nazrul nampakterkejut.


“Qaseh,tetapi Abah bagaimana?Tentu dia tidak akan izinkan.Abang tidak mahu Qaseh melawan kata-kata Abah semata-mata untuk Abang,”jawab Abang Nazrul penuh kesayuan.


“Abang,kalau Abah masih mempunyai hati dan perasaan,dia akan faham dan dia akan izinkan.Percayalah.Biar Qaseh yang uruskan hal ini.Tugas Abang hanyalah untuk melawan sakit ini dan jadi sihat kembali.Boleh?”


Abang Nazrul tersenyum.


“Qaseh tahu kanAbang tidak ada harapan pulih lagi?Hidup Abang tinggal sisa-sisa sahaja,”kata Abang.Kata-katanya itu tidak dapat aku balas.Aku hanya dapat menangis.Rasa lemah.Rasa sayu.Rasa bertanggungjawab.


Sampai sahaja dirumah,aku memberitahu Abah tentang hajatku.Abah kelihatan terkejut dan marah.Setela h itu aku menerangkan keadaan Abang Nazrul.Baru lah raut wajahnya berubah.


“Qaseh,murni sungguh hati Qaseh.Beruntung Abah dapat anak macam Qaseh.Beginilah,jika itulah permintaan Qaseh dan jika itulah yang Qaseh rasa ada keputusan yang baik,Abah restu.Malahan Abah yang akan nikahkan,”kata Abah.Aku berasa lega.


“Bagi Abah telefonitu.Abah hendak telefon ayah Nazrul.”


Esoknya,kami dan beberapa ahli keluarga dan sahabat terdekat pergi ke hospital.Ayah Nazrul dan ahli keluarga mereka juga turut hadir.Abang Nazrul disalinkan dengan baju kurung lelaki tradisional.Aku pula berpakaian jubah yang ringkas.


Selang beberapa minit,upacara pernikahan pun dijalankan.Beberapa minit selepas itu,aku sah menjadi isteri Abang Nazrul kembali.Sah untuk aku memegangnya lagi dan itulah perkara pertama yang aku lakukan iaitu menyalaminya.

No comments: