Bhg 2

Selesai solat asar aku duduk di kerusi berdekatan. Tiba-tiba ada seorang wanita melayu menghampiri aku.


"Assalamualaikum," ucap wanita itu. Aku menjawab salamnya.


"This may be rude, but I'm so sorry that I have to ask.Are you a recent convert?"


"You don't have to be sorry,sis. Question like this make me proud to answer. Yes I am a recent convert.

Alhamdulillah,"aku jawab sambil tersenyum.


"Dan saya juga boleh berbahasa Melayu".


Wanita itu kelihatan malu dan dia meminta maaf.Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Zawiyah. Menurutnya, dia bekerja sebagai penerbit majalah bulanan Darul Arqam. Majalah itu akan dilancarkan lagi 2 bulan dan dia ingin mencari seseorang untuk menemubual.Aku mengerut kening.


"Saya amat mengharap supaya Puan dapat bersetuju untuk ditemubual."


"Panggil sahaja saya Aisyah,"jawabku.


Kemudian aku mengganguk tanda bersetuju. Apa salahnya, berkongsi ketenangan yang sudah aku kecapi. Mungkin ada lagi orang senasib aku. Seorang insan yang dahulu seperti tidak ada tujuan hidup. Wanita itu tersenyum dan meminta nombor telefonku.Selepas bertukar nombor,dia meminta diri selepas mengucapkan terima kasih kepada aku.Aku tersenyum lagi.


Selepas beberapa minit, akhirnya aku keluar dari Darul Arqam dan menuju ke perhentian bas. Teringat kembali apa yang diajarkan Ustaz Rahman pagi tadi. Tentang zakat. Kata Ustaz, sebagai seorang mualaf, aku berhak untuk menerima zakat. Aku menanya Ustaz samada orang muallaf seperti aku, yang tidak dalam kesusahan, berhak menerimanya atau tidak. Ustaz sekadar tersenyum.


"Mengapa menolak rezeki?" tanya Ustaz.Aku tahu Ustaz bergurau sebenarnya. Tetapi, aku merasakan tidak ada perlunya untuk aku menerima zakat sedangkan aku tidak dalam kesusahan dan tidak dalam keadaan terdesak.


Sedang asyik melihat keindahan alam dari dalam bas dua tingkat itu, tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Nada dering itu memberitahuku bahawa ada SMS yang baru sampai.


'Interview for the magazine tomorrow's morning @Darul Arqam?'


Oh. Pesanan dari Puan Zawiyah rupanya. Aku pun membalas dengan sekadar menaip 'Insyaallah' disusuli dengan 'emoticon' senyum. Aku letakkan kembali telefon bimbitku ke dalam beg dan sambung melihat keindahan pokok-pokok yang disusun rapi di tepi jalan raya dari dalam bas yang melalui lebuh raya.

No comments: