No.9


Sampai sahaja di rumah, Irdina terus meluru ke biliknya. Dia sudah memesan Bibik untuk tidak masak apa-apa dan jangan mengganggunya.

Beg sekolah dicampak sahaja di atas katil dan Irdina merebahkan dirinya di atas katil lalu memejamkan mata. Namun di dalam kegelapan itu, wajah Cikgu Muqri yang tiba-tiba menjelma. Wajah itu semakin menghampirinya dan Irdina dapat merasakan jantungnya berdegup kencang.

"Ish, aku ni dah kenapa? Tak tentu pasal muka Cikgu pon masok dalam otak aku pulak,"katanya mendengus sendiri. Langsung Irdina berdiri dan menuju ke meja belajar. Peperiksaan GCE O level adalah kurang dari 3 bulan dari sekarang. Masih belum terlambat untuk buktikan segala apa yang Cikgu Muqri  katakan tentang dia itu salah.

Hari demi hari selepas Hayfa dengan yakin memberitahu Irdina bahawa Irdina sedang dilamun cinta, semakin kerap wajah Cikgu Muqri menjelma setiap kali Irdina memejamkan matanya. Sudah tentu Irdina memilih untuk tidak memberitahu Hayfa tentang ini, dia tahu Hayfa pasti semakin yakin tentang 'theori' nya.

"Irdina, aku cinta padamu," kedengaran seseorang membisikkan kata-kata itu ke telinganya.

Dalam keadaan setengah sedar Irdina menjawab," Yela, Cikgu."

"Kan aku betul!"

Barulah Irdina sedar bisikan itu adalah suara Hayfa. Irdina kembali duduk tegak seperti orang yang baru bangun tidur dan mahu hilangkan bukti yang dia tidur.

"Hayfa! Jahatlah kau ni!" teriak Irdina sambil menepuk bahu Hayfa dan membuatkan Hayfa terbatuk. Hayfa ketawa hingga menampakkan gusi. Jarang sekali Irdina melihat Hayfa ketawa sebegitu, jadi dia biarkan saja dan turut tertawa.

"Eh, aku baru tahu yang Cikgu Muqri dah tunang rupanya!"

Tiba-tiba riak wajah Irdina bertukar serius. Tiada lagi barisan gigi sebagai bukti yang dia sedang tertawa tadi.

Irdina menoleh. Kelihatan dua temannya sedang  asyik berbual. Irdina lantas menolak Hayfa ketepi dan meluru ke arah dua temannya itu.

"Apa kau cakap, Sufi?" soal Irdina serta-merta. Mereka terperanjat dengan kehadiran Irdina.

"Kau kata tadi Cikgu Muqri dah tunang?"

Sufi mengangguk dan mengerutkan keningnya.

"Memang dah pon Irdina. Semalam baru aku dapat tahu. Tak lama lagi Cikgu Muqri dah nak kahwin lah tu. Confirm!" jawab Sufi dengan penuh bangga seolah-olah maklumatnya itu menyelamatkan dunia.

"Tak mungkinlah. Cikgu Muqri tu masih muda. Muda sangat," sampuk Hayfa yang sudah terdengar perbualan mereka juga.

"Berapa umur Cikgu Muqri eh? Ah, 22 tahun tau!" sambung Hayfa sambil membuat tanda 'V' dua kali.

"Tak mustahil pe. Cikgu Muqri tu dah lah kacak, kaya, baik dan pandai. Macam almost perfect man lah dia," kata Sufi.

Sufi dan temannya serta Hayfa sambung berbual tentang Cikgu Muqri. Tanpa mereka sedari Irdina sekadar berdiri di situ mendengar perbualan mereka. Irdina keliru dan rasa sedikit kecewa Cikgu Muqri sudah bertunang. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia sedang mengalami perasaan itu. Barangkali kata-kata Hayfa ada benarnya. Mungkin tanpa Irdina sedari, dia sebenarnya menaruh hati dengan Cikgu Muqri yang selalu dia usik dan diusik. Cikgu Muqri yang tanpa Irdina sedari, membuatkan Irdina semakin kerap belajar. Cikgu Muqri yang tidak pernah meninggikan suara dan selalu bersopan santun walau berhadapan dengan orang lebih muda darinya seperti Irdina.

"Irdina sayangku, kau tak ada apa-apa ke? Diam aja aku tengok kau," kata Hayfa sambil menepuk lembut bahu Irdina.

Irdina menggeleng seakan baru bangun dari mimpi buruk. Dia menoleh ke arah Hayfa dan menyedari Sufi dan temannya tidak lagi berada di sisi Hayfa.

"Mana Sufi tu semua?" tanya Irdina.

"Dah jalan dah. Mereka baru teringat ada kerja belum habis. Tu lah, gosip tak habis-habis," jawab Hayfa selamba.

"Eh, aku baru nak tanya siapa tunang Cikgu Muqri. Kau ni eh!" kata Irdina lalu terus mengejar Sufi yang sudah hampir melangkah keluar dari kelas.

"Sufi, tunggu!" teriak Irdina dan membuatkan langkah Sufi terhenti dan menoleh ke Irdina. Melihat Sufi tercegat di situ, Irdina mempercepatkan langkahnya.

"Aku cuma nak tanya, kau tau ke siapa tunang Cikgu Muqri?" tanya Irdina.

"Cikgu Nafisah lah."

Nama itu membuatkan jantung Irdina seperti mahu meletup. Dia benar-benar mengharap apa yang didengarinya tadi itu salah dan nama itu tidak merujuk ke guru lama mereka.

"Cikgu Nafisah yang ajar kita dulu?" tanya Irdina meminta pengesahan.

"Taklah. Cikgu Nafisah yang dulu jual ikan selar besar dekat pasar Geylang!" usik Sufi. Melihatkan Irdina langsung tidak ketawa, Sufi kembali terdiam.  Mata Irdina masih tidak terkelap-kelip.

"Yes my dear friend. Cikgu Nornafisah Binte Ahmad Qari. Our ex-teacher. Remember?"

No comments: