Bhg 14


Keadaan menjadi kelam kabut seketika. Daddy termengah-mengah cuba mengangkat Mama. Aku pula membuka kasut Mama sebelum Daddy membawa masuk Mama ke dalam rumahku. Daddy kelihatan hairan. Aku endahkan sahaja sepasang mata Daddy yang merenungku.

Mama kubiarkan baring di sofa. Dalam diam,aku berdoa supaya Mama cepat sedar. Lauk-pauk terpaksa aku tutup pakai tudung saji.

"Diane?"kedengaran suara Mama. Aku mengucapkan syukur dalam hati kerana Mama telah sedar. Lekas-lekas aku duduk disamping Mama dan memegang erat tangannya. Aku terkejut apabila Mama melepaskan tangannya dari genggamanku.

"Saya mimpi ke? Mana Diane? Where is my daughter?"

"Mama, ini Diane. Panggil saja Aisyah."

"What is happening here,Diane? What's wrong with you?"terkejut aku apabila tiba-tiba Daddy bersuara. Aku tidak berani menoleh dan memandang muka Daddy. Sah, mesti sukar untuk jelaskan pada mereka.

"Daddy,I'm so sorry. I hope this change doesn't disappoint you,"jawabku,masih tidak toleh untuk melihat wajah Daddy. Belum sempat Daddy hendak menjawab, Mama mencelah.

"Disappoint? Diane, you technically shattered our heart! Apa sudah jadi dengan anak Mama? Kenapa tiba-tiba begini? Kenapa tidak bincang dengan kami dahulu? Diane, sudah tidak ada ibubapa lagi ke? Mama dan Daddy dah mati ke?"

Bertubi-tubi soalan Mama campakkan padaku. Dengan setiap soalan yang ditanya, semakin dekat jarak antara muka Mama dan mukaku. Semakin sukar untuk aku bernafas.

"Mama……"

Mama langsung diri dan mengambil tempat disamping Daddy. Daddy hanya memandang ke arah lain. Barangkali kerana Daddy tidak memahami apa yang kami sedang pertikaikan kerana aku dan Mama berbahasa Melayu.

Tiba-tiba Mama teriak, "Buka bungkusan dekat kepala kau sekarang,Diane! Kalau kamu masih anak kami kamu buka bungkusan itu, tanggalkan baju yang macam guni ini, lepas itu salin pakaian yang Mama boleh lihat tanpa risaukan mata Mama yang sudah macam hendak terbakar!"

Aku seperti hampir menangis. Airmata sudah bergenang. Aku cuba hampiri Mama dan Daddy, namun Mama menarik Daddy jauh lagi.

"Sanggup Mama cakap begitu dengan anak Mama? Aisyah tidak kisah kalau Mama hendak panggil Aisyah ini,Diane. Tetapi Mama…."

Sekali lagi Mama menyampuk, "Oh,sekarang nama pun sudah pandai tukar. Umur sudah 30 lebih, kirakan boleh buat apa sahaja? Termasuk bungkus diri sendiri? Kalau hendak bungkus diri, pergi bilik mayat di hospital. Semua di situ berbungkus!"

"Mama! Sampai hati Mama!". Airmata yang tadi bergenang, jatuh seperti sungai yang deras dan dengan cepat membasahi pipiku. Aku seperti sedang perjuangkan satu peperangan yang akan alami kekalahan. Aku alihkan pandanganku kepada Daddy.

"Daddy please, I know you'll understand me."

Daddy menghampiriku. Dia mengenggam kedua bahuku dengan erat dan memandang tepat mataku.

"Of course,honey. Knowing you, there's only one thing. Who influenced you?"

"No,Daddy!"

Benar, aku akan kalah dalam 'peperangan' ini.

"Memang betul kata Daddy. Kalau tidak ada orang yang menghasut kamu, mungkin kamu masih lagi seperti dulu. Seperti Diane yang dahulu,"kata Mama. Mama mendekatiku. Dia melepaskan tangan Daddy dari bahuku. Mama melipat tangannya. Dia mengelilingiku seperti gaya inspektor polis yang sedang menyoal siasat suspek.

"Mama hendak Diane,or whatever your name is, tengok mata Mama. Beritahu Mama siapa yang paksa Diane bertukar seperti ini?"

Aku tidak berani melihat muka Mama. Tidak pernah aku lihat Mama sirius begitu. Belum sempat aku hendak menjawab soalan Mama, tiba-tiba ada ketukan dan salam kedengaran. Aku lantas menghampiri pintu dan membukanya. Aku tergamam dan seperti tidak sangka.

Ustaz Rahman berdiri di hadapanku.

8 comments:

Unknown said...

saya datang singgah ke blog awak sambil membaca . jemput baca + komen karya saya jugak yea . nak follow pun boleh ^_^ btw best cite ni

Jannah Binte Johari said...

Terima Kasih!~

Nurisha Eira said...

Singgah sini dan baca...
Byk jgak ye karya yg awk hasilkan..
Keep in touch,oke?
Nice story...
Rajin2 melawat sy plak.. ^_^

Jannah Binte Johari said...

Terima Kasih kerana sudi singgah!~
Saya sudah follow blog anda! :D

Farah Fauzi said...

nice story dear.... :)

Jannah Binte Johari said...

Thank you!! :D

hawa adam said...

Assalam... jannah... nice name. actually sy suka kisah yg awk cuba paparkan. awak ada aim dalam menulis... serius mmg tertarik nk baca smua part tp masa x mngizinkan sngat cbuk dgn study so smpat bca beberapa part je... hopefully sy dpt ikuti kisah ini smpai ending... keep it up dear:-)... i'm not sure but i just thinks that u want us to gain somethings from this story... awak ada aim...

Jannah Binte Johari said...

Wassalam.

Thank you for the kind comments.
Saya baru mula menulis....and yes,hopefully awak dapat ikuti kisah ini hingga akhir :B