Bhg 16


Aku tiba di Darul Arqam sekitar 12 tengahari.  Masih terlalu lama sebelum amsuk waktu solat Zuhur. Walau bagaimanapun, aku langsung ke ruang solat wanita selepas berwudhu'. Aku duduk di saf yang paling hadapan sekali. Dinding depan dihisasi dengan dua bingkai. Satu bingkai diisi dengan perkataan 'Allah' dan lagi satu dengan perkataan 'Muhammad'. Keduanya dalam bahasa Arab. Itulah antara beberapa perkataan Arab yang aku faham.

Aku merenung perkataaan 'Allah' itu. Saat ini, aku hanya boleh berpaling kepada yang Maha Esa, yang Maha Kuasa. Aku perlukan petunjuk-Nya. Tanpa aku sedari, butir-butir air keluar mataku dan deras membasahi pipi. Aku benar-benar keliru dengan apa yang terjadi semalam. Bukankah Mama dan Daddy sepatutnya menyokong aku? Bukankah kad pengenalan Mama dahulu menyatakan Mama beragama Islam? Salahkah aku kerana tidak meminta izin Mama dan Daddy? Aku pasrah.

Sepanjang melakukan solat Zuhur, tangisan airmataku tidak henti-henti. Aku dapat rasakan kedua mataku yang sememangnya sudah sembab, menjadi semakin sembab. Masa-masa sebeginilah yang membuatkan aku ingin sekali berbicara dengan yang Maha Esa.

Aku duduk di dalam pejabat Ustaz Rahman sementara menunggu kedatangannya. Pintu itu,aku biarkan terbuka. Masih segar lagi di ingatan, itulah antara ajaran yang Ustaz Rahman ajar.

"Assalamualaikum,Aisyah."

Salam itu disertakan dengan ketukan pintu. Aku menjawab salam tanpa menoleh. Tentu sekali Ustaz Rahman. Ustaz Rahman berjalan menuju ke kerusinya.

"Aisyah menangis semalaman ya?" tanya Ustaz Rahman yang aku pasti sudah melihat keadaan mataku.

"Mana tidaknya Ustaz, semalam drama betul rumah saya."

Ustaz Rahman mengangguk lalu berkata," Aisyah, saya harap Aisyah maafkan saya. Semalam selamba sahaja saya datang rumah Aisyah tanpa telefon terlebih dahulu. Saya juga minta maaf sebab pandai-pandai tambah maklumat apabila jelaskan perkara pada Mama awak semalam."

"Maklumat apa yang Ustaz tambah?". Aku tahu 'maklumat' yang Ustaz maksudkan adalah tentang aku yang akan menjadi isterinya. Sekadar bertanya meminta kepastian.

"Aisyah, sebenarnya, saya tidak berbohong semalam."

Belum sempat Ustaz sambung, aku mencelah, "Memanglah Ustaz tidak berbohong. Kan semua keputusan dibuat oleh saya sendiri?"

"Tidak Aisyah," jawab Ustaz Rahman sambil menggeleng. "Bukan tentang itu. Itu, memang saya tidak berbohong. Ini tentang lain."

"Tentang apa Ustaz?" tanya aku, penuh ragu-ragu sekarang. Langsung tidak ada petunjuk kemana arah yang Ustaz Rahman maksudkan.

"Sudah lama saya cuba mengetepikan perasaan saya. Berbulan-bulan saya cuba,Aisyah. Tetapi semakin lama, semakin saya seperti pasti akan kehendak saya."

"Kehendak apa pula Ustaz?"aku benar-benar bingung.

"Aisyah, saya tidak berbohong apabila memberitahu Mama awak bahawa saya mahu jadikan awak isteri saya."

Jantungku seakan terhenti. Baut seketika, aku seperti terlupa untuk bernafas.

2 comments:

duniaBatinku said...

Alhamdulillah lama menunggu akhirnya ada sambungan...
tapi pendek sangatlah...
tak puas baca...

Jannah Binte Johari said...

=)

Insyaallah. Akan ada sambungan lagi secepat mungkin!

Thanks for reading!~