Alhamdulillah.

Selesai sudah Tulus Aku Rindu. Maafkan saya kalau ada kelemahan bahasa dan mana-mana pihak yang tersinggung, walaupun belum Hari Raya ni, saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Selepas ini, saya dah kena slow down tahap kura-kura angkat mesin basuh punya. Biasalah, sekolah dah  buka. Dah Tahun 2 pula. Sibuk masak rendang, rebus ketupat, goreng karipap!

Insyaallah, selepas ini akan ada lagi cerpen pendek (atau panjang). Saya akan mula meletak cerpen baru pada 20 April 2012. Kenapa 20 April? Sebab tarikh dia macam style. Cheh, perasan macam world premiere.

Doakan saya dapat mengharungi Tahun 2 dengan aman damai dan lulus dengan cemerlang. Tak cemerlang pun takpe, asalkan lulus, masih hidup dan kuat iman.

Amin :D

1 comment:

Nisa said...

AAAaaaaaaaammmmmmiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!

merreps pls jannah! Hahahhaahhah