Bhg 19


Aku mengetap bibirku. Pelbagai senario bermain di mindaku. Apa agaknya reaksi David nanti? Sama seperti Mama dan Daddy? Aku sudah bersedia jika reaksi David sebegitu. Apa perlu aku risaukan lagi. Aku tahu Ustaz Rahman tidak akan biarkan aku tersekat dalam keadaan sebegini. Dalam keadaan dimana aku perlu menerangkan kepada orang bahawa aku telah memeluk Islam.

Dan apabila dari jauh ternampak seorang  lelaki yang berjalan seperti model-model di negeri Barat, saat itulah aku pasti lelaki itu adalah David.Kaki aku serta-merta menggeletar. Aku berdoa dalam hati supaya Allah akan permudahkan urusanku dengan David nanti. Semakin dia  menghampiri aku, semakin bergeliga benak fikiranku memikirkan reaksinya nanti.

Namun,disebalik kebimbangan aku, aku lihat dan rasa terpegun akan David. Badannya semakin tegap dan cara pemakaiannya sangat sesuai dengan usianya. Dan tanpa ku sedari, peluh sudah berputik di dahiku. Sama seperti pertama kali aku berjumpa dan jatuh cinta pada David dahulu.

Aku mengucap. Tidak mungkin aku akan punya perasaan terhadap David lagi. Aku akan berkahwin dengan Ustaz Rahman dan aku berdoa beliau sahaja yang akan menjadi teman hidupku sepanjang hayat.

Aku menundukkan kepala apabila melihat David semakin dekat langkahnya kepadaku. Aku tidak terkejut melihat David sekadar melewati aku yang sedang berpakaian blaus labuh bercorak bunga hingga ke paras lutut dan tudung labuh yang meliputi bahagian dadaku. Aku menghampiri David dan menegurnya dari belakang.

"Hai David."

David menoleh dan mungkin terkejut dengan penampilanku kerana dia serta-merta membeliakkan matanya. Aku melemparkan senyuman. Buat seketika, kami berdua kekal membisu. Aku memandangnya dan dia memandangku.

Dan selepas itu David mula bersuara,"So this is the big change your Mama meant!"

Dia tertawa. Aku tidak faham apa yang sungguh lucu dan situasi sebegini. Kemudian dia menjemput aku masuk ke dalam restoran dan pelayan itu mendudukkan kami di meja yang hujung dan berhampiran dengan panel kaca.

"I was expecting something else you know. Mana tahu you tukar jadi imej emo atau punk!" kata David yang memulakan perbualan.

"I dah tua lah David. Imej punk dan emo itu, untuk budak-budak tidak sedarkan diri."

"Jadi, you sedarkan diri apabila you tukar imej seperti ini?" tanya David dengan bahasa bakunya yang pekat. Aku terkejut dengan pertanyaan David. Tidak sangka gurauan aku itu akan menjadi satu bahan untuk dia menyoal aku.

"David, I….sebenarnya….," terketar-ketar suaraku. Belum sempat menghabiskan apa yang aku ingin katakan, David mencelah.

"You tidak perlu terangkan apa-apa pada I. Ini keputusan you. I am shocked but contented that you found your happiness."

"Terima kasih, David." jawabku. Aku agak terkejut akan jawapan David. Dalam hati, aku benar-benar mengharap ini juga yang akan keluar dari mulut Mama dan Daddy.

"Dan bagaimana you nak terangkan pada Mama dan Daddy pasal I? I don't want you getting all tied up in my family affairs," aku bertanya dengan penuh kebimbangan.

"Itu, you jangan risau. Bukankah I ini pengaruh yang kuat?"

Aku ketawa dan pada masa yang sama,lega akan kenyataan David. Mudah-mudahan Mama dan Daddy akan tukar fikiran dan menerima aku seadanya.

David cuba merubah topik dan bertanya," I dengar you sudah bertunang dan mahu berkahwin?"

Aku tersipu malu tiba-tiba.

 "Benar, tapi perkataan 'tunang' mungkin tidak beberapa tepat. Tapi yang pasti, memang benar, saya akan berkahwin dengan guru saya," jawabku. Perkataan 'Ustaz' mungkin David tidak faham jadi aku gunakan perkataan 'guru' sahaja.

"More happiness for you then!" jawab David sambil mengangkat cawan seolah-olah meraikannya.

"Enough about me.You pula? Semakin bagus bahasa melayu you?"

"Sudah tentu. I ambil kursus Malay Studies selepas dapat ijazah!" jawab David dengan selamba. Aku geli hati. Selepas itu, kami berbual sepanjang masa yang diambil untuk menghabiskan makanan kami. Kami berbual tentang pelbagai perkara. Lucu mendengar cerita dan perkembangan David. Aku sedar ketawaku mungkin kuat kerana pelanggan di situ melontarkan pandangan terhadapku. Selepas itu aku cuba untuk ketawa perlahan-lahan.

Aku masih rasa seperti tidak percaya bahawa David amat bertimbang rasa dan memahami keputusanku.Tiga puluh minit kemudian, aku meminta diri untuk tunaikan solat Asar.

Apabila aku berdiri, aku terlanggar bahu dengan seorang wanita.

"Maaf,cik."

"Tidak mengapa,anak. Tidak sengaja," jawab wanita itu dan selepas itu beliau pergi. Aku lihat wajahnya seperti memberikan satu pandangan yang sinis. 

1 comment:

SuhaFasihah said...

puas menunggu...
tapi sambungannya pendek sangat...
tak puas membaca...
sis, nanti sambung panjang2 sikit ye...
hehe