"Irdina,
bangunlah,"kata Hayfa dengan suaranya yang lembut, membuatkan Irdina lebih
terlentok.
"Hayfa, jangan
kacau aku lah. Aku penat ah. Semalam belajar Maths,
semangat habiskan satu buku!"
"Yela kau ni.
Kalau aku kasi kau sepuluh buku pun kau sanggup habiskan semuanya semalam
kan?" tanya Hayfa yang diikuti dengan anggukan dari Irdina. Mata Irdina
masih tidak terbuka. Ngantuk sangat akibat berjaga hingga pukul 3 pagi.
"Pergi cuci
muka lah. Kuyu saja aku tengok muka kau," perintah Irdina.
"Kau ni, macam
mak-mak pulak," jawab Irdina yang lantas bangun selepas itu dan menuju ke
pintu dengan menyeret kakinya.
Dengan matanya yang
masih lagi setengah terbuka, tiba-tiba Irdina terlanggar seseorang.
"Jalan bukalah
mata tu Irdina,"kata orang itu. Suara itu amat dia kenali. Mata Irdina
serta-merta terbuka besar bagai seekor burung hantu. Perlahan-lahan Irdina
mendongak dan seperti yang dia sudah sangka, Cikgu Muqri berdiri di hadapannya.
"Penat belajar
Cikgu. Nak pastikan saya Top 1!" katannya dan selepas itu terus meluru
keluar dari kelas.
Sedang dalam
perjalanan ke tandas yang kelihatan seperti jauh, perlbagai perkara yang
bermain di benak Irdina.
"Dah kenapa
dengan aku ni? Tengok muka Cikgu Muqri, jantung macam naik roller coaster.Dah gila agaknya aku ni. Nak
lagak depan Cikgu Muqri,"bisik hati Irdina.
Air di paip sinki
itu dibiarkan menderas. Irdina selang seli membasuh mukanya. Baju dibiarkan
basah seperti orang yang baru berendam di kolam renang. Dia ingin pastikan
fikiran tentang Cikgu Muqri cepat-cepat dikeluarkan dari pemikirannya.
"Kamu mandi
Irdina?" tanya Cikgu Muqri sebaik sahaja Irdina melangkah masuk ke kelas.
"Mana ada
Cikgu. Ada pesta dekat tandas tadi. Orang bunyan main lempar-lempar air dengan
saya," perli Irdina.
"Kamu tak
bersalaman dengan orang bunyan tu?"usik Cikgu Muqri. Irdina yang menyedari
dirinya sedang diusik, ikutkan sahaja.
"Ada Cikgu.
Saya cakap salam penuh. Orang bunyan tu kirim salam dekat Cikgu. Nanti dia
telefon Cikgu," kata Irdina sambil berjalan menuju ke tempat duduknya.
Cikgu Muqri tersenyum.
"Basah betul
baju kau Irdina," kata Hayfa sebaik sahaja Irdina duduk di sebelahnya.
"Lepas ni, kita
lepak dekat Fig & Olive. Aku belanja kau makan."
Hayfa tahu, setiap
kali Irdina mahu membelanjanya makan di tempat yang Hayfa tidak mampu, pasti
ada benda sirius yang mahu dibincangkan. Hayfa tertanya-tanya, apa agaknya yang
ingin Irdina bincangkan.
"Kita habiskan
kerja rumah dulu, baru kita pergi?" tanya Hayfa. Irdina mengangguk.
Mukanya jelas menunjukkan expresi yang runsing dan penat.
Selepas waktu
persekolahan, Irdina sekadar menunggu Hayfa menghabiskan tugasan rumah. Irdina
terlalu penat dan terasa malas untuk membuatnya. Irdina sendiri tidak pasti apa
yang membuatkan dia penat sedangkan seharian di sekadar duduk, tidur atau
termenung. Sepanjang Hayfa melakukan tugasan rumah itu, Irdina termenung
sahaja.Matanya berkeliaran melihat apa sahaja yang berlalu dan bergerak di
hadapannya. Burung berterbangan, orang lalu lalang, kipas angin yang berputar
laju.
"Sudah habis.
Jom Irdina,"kata Hayfa setengah jam kemudian.
Lima belas minit
kemudian, mereka berdua sudah sampai di hadapan Restoran Fig & Olive yang
berdekatan dengan sekolah mereka. Selepas membuat pesanan untuk makanan mereka,
Irdina dan Hayfa saling berpandangan.
"Jadi, apa
masalahnya ni?"tanya Hayfa.
"Aku tak tahu
macam mana nak mula. Rasa pelik ah seminggu dua ni, Hayfa," jawab Irdina
dengan lemah. Hayfa terasa pelik. Walaupun dirundung masalah, jarang sekali
Irdina bersuara lemah. Selalunya penuh semangat dia menceritakan masalahnya
sehinggakan perkara itu tidak nampak pun seperti suatu masalah.
"Kalau aku
cakap kau jangan ketawa, dan jangan kasi apa-apa reaksi pun tau!" sambung
Irdina dengan memberi amaran terdahulu. Hayfa mengangguk.
"Seminggu dua
ni,jantung aku rasa macam ada tsunami ah. Aku takut macam tiba-tiba
meletup!"
"Dan? Apa yang
membuatkan jantung kau ada tsunami hari-hari?" tanya Hayfa memulakan sesi
'kounseling'.
"Bukan 'apa'.
Tetapi 'siapa'," jawab Irdina.
"Baiklah Puan
Nuralyah Irdina Binte Muhammad Faiz, siapa yang buat jantung kau ada
tsunami?"
"Jantung aku
macam, nak meletup setiap kali nampak Cikgu Muqri. Kenapa eh?" kata Irdina
dengan perlahan sambil memandang tepat ke dua biji mata Marissa Hayfa.
Marissa Hayfa
tertawa kecil. Lucu dengan 'masalah' yang dihadapi kawannya.
"Kau dah jatuh
cinta lah tu."
1 comment:
Cepat la sambung BACEN! =..=
Post a Comment